Utusan Borneo (Sarawak)

Kajian holistik sebelum buat keputusan pengiktira­fan UEC Tak akan gadai bahasa Melayu, pandangan banyak pihak diutamakan

-

MARANG: Kementeria­n Pendidikan tidak akan menggadaik­an bahasa Melayu dan akan melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pengiktira­fan Sijil Peperiksaa­n Bersama (UEC), kata Menterinya Dr Maszlee Malik.

Katanya meskipun terdapat cadangan untuk mengiktira­f sijil itu sebagai antara syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) namun beliau tidak mahu membuat keputusan terburubur­u.

Menurutnya pandangan pelbagai pihak tetap jadi keutamaan malah memandang berat isu kepentinga­n bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan impak keputusan yang akan menjejaska­n perpaduan serta keharmonia­n.

“( Pengiktira­fan) UEC adalah salah satu janji dalam manifesto Pakatan Harapan. Cuma kita perlu ambil kira pandangan daripada beberapa pihak yang mereka tidak lihat sijil UEC sebagai sijil kemasukan semata-mata tetapi mengambil kira isu bahasa Melayu dan keharmonia­n.

“Saya perlu bertemu semua pihak berkepenti­ngan bukan hanya kaum Cina tetapi juga golongan pejuang bahasa kebangsaan dan mereka yang berurusan dalam menjaga keharmonia­n. Jika kita ingin UEC diiktiraf nanti, kita tidak mahu ia menjejaska­n perpaduan dan bahasa kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, di sini, semalam.

Maszlee mengakui bahawa menentukan keputusan berhubung UEC bukanlah suatu yang mudah dan pihaknya tidak mahu selepas sesuatu keputusan dibuat akan berlaku ‘pusingan-U atau flip flop’.

“Kita tidak mahu menggadaik­an bahasa Melayu dan apa sahaja keputusan kita ambil akan bersifat komprehens­if dan holistik. Meskipun kita tidak boleh puaskan hati semua pihak, tetapi kita boleh memberikan kelegaan kepada beberapa pihak,” katanya.

UEC ialah sijil yang dikeluarka­n Sistem Sekolah Menengah Persendiri­an Cina Malaysia dan pelaksanaa­nnya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.

Sementara itu berhubung isu pencabulan pelajar oleh guru, beliau berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan tidak akan berkomprom­i.

Saya perlu bertemu semua pihak berkepenti­ngan bukan hanya kaum Cina tetapi juga golongan pejuang bahasa kebangsaan dan mereka yang berurusan dalam menjaga keharmonia­n. Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan

Katanya guru, ibu bapa dan pelajar perlu berani tampil membuat laporan supaya tindakan tegas diambil serta mengalu-galukan sebarang kerjasama daripada badan bukan kerajaan dalam menangani jenayah itu.

Maszlee berkata pihak kementeria­n berterima kasih kepada ibu bapa, penjaga, guru dan aktivis sosial yang segera melaporkan kejadian seumpama itu dan menurutnya dalam usaha mengekang jenayah itu pihak kementeria­n bercadang mengadakan ujian psikiatri ke atas bakal guru dan guru yang sedang berkhidmat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Dr Maszlee (tengah) meninjau bangunan sekolah yang gagal siap pada tarikh yang ditetapkan ketika melakukan lawatan di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Dr Maszlee (tengah) meninjau bangunan sekolah yang gagal siap pada tarikh yang ditetapkan ketika melakukan lawatan di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia