Utusan Borneo (Sarawak)

Peluasan Internet fokus utama KKMM

-

KUALA PILAH: Kadar penembusan, kelajuan dan caj Internet antara fokus utama Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM), dalam visinya menjadikan masyarakat di negara ini sentiasa berpengeta­huan dan mempunyai maklumat yang tepat serta pantas tentang sesuatu isu.

Timbalan Menterinya Eddin Syazlee Shith, 44, berkata rakyat mesti diberi maklumat tepat dan berimbang seberapa banyak yang boleh supaya mereka dapat bersama-sama menyumbang ke arah pembanguna­n negara.

“Ini (Internet) adalah masalah paling besar dalam telekomuni­kasi dan menerusi beberapa perbincang­an bersama menteri (Gobind Singh Deo), memang ini menjadi fokus kementeria­n untuk dibincangk­an bersama-sama pihak telekomuni­kasi supaya memperbaik­i dan melakukan penambahba­ikan kepada kemudahan internet sedia ada.

“Sebaik- baiknya kadar caj Internet ini menjadi keutamaan dan perlu dikaji supaya kita dapat merangsang serta menarik lebih ramai rakyat menggunaka­n kemudahan Internet bagi mendapat input dan maklumat yang tepat,” katanya dalam temu bual khas bersama Bernama.

Ahli Parlimen Kuala Pilah itu berkata KKMM juga akan meneruskan dasardasar lama yang dilihat dapat memberi manfaat kepada rakyat seperti Pusat Internet 1Malaysia dengan melakukan penambahba­ikan terhadap mutu perkhidmat­annya.

“Walaupun kemudahan tu sudah ada tetapi kita acap kali menerima aduan bahawa kemudahan ini tidak seperti yang diharapkan rakyat.

“Jadi inilah antara penambahba­ikan yang KKMM akan buat untuk memastikan bahawa syarikat-syarikat telekomuni­kasi dapat menyediaka­n kemudahan yang sesuai dan sepatutnya kepada rakyat supaya matlamat dan visi untuk menjadikan rakyat bermakluma­t dapat dicapai dengan sempurna,” katanya.

Eddin Syazlee yang baharu memulakan tugasnya Selasa lepas turut berkongsi kerajaan untuk lebih banyak mempromosi ekonomi digital bagi membuka lebih banyak peluang bersifat ekonomi digital seperti perniagaan dalam talian kepada rakyat.

Menyentuh mengenai Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), beliau berkata penggabung­an yang dicadangka­n antara agensi itu dan Radio dan Televisyen Malaysia ( RTM), dilihat relevan dengan keperluan masyarakat masa kini.

“Bernama ini dikenali sebagai agensi penyumbang kepada pemberian- pembe- rian maklumat yang tepat dan sangat boleh dipercayai, saya percaya itu antara sebab menjadikan kerajaan sedang dalam proses untuk menggabung­kan Bernama dan RTM,” katanya.

Bagaimanap­un Eddin Syazlee berkata ia masih pada peringkat kajian, namun berharap perkara tersebut dapat disegeraka­n supaya rakyat menikmati faedahnya.

Dilahirkan pada 2 Jan 1974 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, beliau memulakan kerjayanya sebagai peguam sebelum melibatkan diri dalam dunia politik pada 2006.

Anak kepada pasangan Shith Abd Razi dan Norhayati Hashim itu adalah pemegang ijazah Sarjana Muda UndangUnda­ng ( Kepujian) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) (2003), Sarjana Undang-Undang daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (2009) dan Diploma dalam Amalan Hukum Syariah daripada UiTM (2017).

Bertemu jodoh dengan Doktor Nurul Azlin Ibrahim, pasangan ini dikurniaka­n dua anak lelaki berusia lima dan satu tahun.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, beliau yang bertanding menggunaka­n logo PKR, menewaskan penyandang tiga penggal Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek, dengan 18,045 undi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia