Utusan Borneo (Sarawak)

Lawatan mengejut, dekati pelajar, kata Dr Maszlee

-

MARANG: “Kenal tak? Saya pok cik Maszlee,” demikian kata Dr Maszlee Malik kepada pelajar ketika menjejakka­n kaki ke dalam dua bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang ketika melakukan lawatan secara mengejut semalam.

Pendekatan mesra dan mudah didekati itu membuatkan pelajar lebih berani mendekati Menteri Pelajaran itu dan beliau sendiri mendahului menghulurk­an tangan untuk bersalaman dengan cara tersendiri bersama pelajar walaupun ramai yang seolah-olah tergamam melihat beliau.

Awalnya ada yang segan untuk berdepan dengan Maszlee kerana keadaan baju sekolah yang kotor namun Maszlee menyatakan bahawa baju yang kotor tanda orang itu aktif dan pelajar yang aktif adalah seorang yang cerdik.

Usikan itu ternyata berjaya dan ramai yang akhirnya tersenyum dan bersemanga­t mendengar pesanan Maszlee supaya menyampaik­an salam kepada ibu bapa masing-masing serta membelikan mereka buku cerita berbahasa Inggeris lebih banyak dan perlu makan sebelum ke sekolah.

Aksi Maszlee itu dirakam- kan oleh ramai pihak dan ia bukan sahaja menarik perhatian pelajar tetapi juga guru serta pengamal media yang berada di lokasi malah Dr Maslee tidak kisah ‘mengendap’ pelajar menerusi tingkap sahaja ketika melalui kawasan kelas bagi mengelak mengganggu tumpuan pembelajar­an mereka.

Dalam kunjungan itu Maszlee menegaskan beliau akan hadir ke mana-mana sekolah pada bila-bila masa dan tanpa jadual terperinci bagi mengenal pasti permasalah­an dengan cara lebih berkesan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia