Utusan Borneo (Sarawak)

Dalang kes bunuh Taman Pelangi direman

-

JOHOR BAHRU: Lelaki yang dipercayai dalang utama kes pembunuhan kejam seorang lelaki di Taman Pelangi di sini, akhir tahun lepas, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Kamaluddin Kassim berkata reman bermula 6 Julai hingga Khamis ini (12 Julai) itu dikeluarka­n Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi di sini, Hafizah Johor Arif Johor.

Ia bagi membolehka­n pihak polis melengkapk­an siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya ketika dihubungi Bernama.

Suspek berusia dalam lingkungan 40 tahun itu ditahan oleh pihak berkuasa Thailand pada penghujung Mei lepas sebelum diekstradi­sikan ke Malaysia dan tiba di negeri ini pada petang Khamis lalu (5 Julai) selepas melarikan diri daripada pihak polis Johor susulan kejadian.

Empat hari sebelum itu (1 Julai), dua suspek yang turut terlibat dalam kes berkenaan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Kedua-dua tertuduh yang masing-masing berumur 54 dan 58 tahun adalah anggota kumpulan jenayah terancang ‘Jin Jee Tong’ dan dituduh mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n ( Langkah- langkah Khas) 2012.

Dalam kejadian pada 17 Dis 2017 itu, mangsa berusia 44 tahun mati selepas ditikam serta dilanggar dan digilis sebuah kereta jenis BMW oleh sekumpulan empat lelaki.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an, dipercayai isterinya, sedang mengisi angin tayar kereta di sebuah stesen minyak sebelum tiba- tiba didatangi suspek yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka, sehingga berlakunya pergelutan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEJAYAAN: Mohmad (tiga kanan) bersama pegawainya menunjukka­n dadah jenis syabu seberat 306 kilogram dengan nilai keseluruha­n bernilai RM15.3 juta yang dirampas dalam empat serbuan di sekitar Pulau Pinang dan Kedah pada Jumaat lepas ketika mengadakan...
— Gambar Bernama KEJAYAAN: Mohmad (tiga kanan) bersama pegawainya menunjukka­n dadah jenis syabu seberat 306 kilogram dengan nilai keseluruha­n bernilai RM15.3 juta yang dirampas dalam empat serbuan di sekitar Pulau Pinang dan Kedah pada Jumaat lepas ketika mengadakan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia