Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi pemadaman kebakaran KBC ditamatkan

-

KEMAMAN: Setelah bertungkus-lumus lebih 48 jam, akhirnya operasi pemadaman kebakaran tiga tangki minyak mentah Kemaman Bitumen Company (KBC) sejak petang Khamis lepas ditamatkan pada jam 1 petang, semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Sharikan Bustaman berkata pihaknya berjaya memadam keseluruha­n kebakaran dalam tempoh lebih 48 jam dan semalam hanya kerjakerja pembersiha­n dan pengemasan peralatan yang dijalankan.

“Selepas beroperasi lebih daripada 48 jam... alhamdulil­ah hari ini (semalam) kita menyaksika­n tiada lagi wujudnya punca-punca yang akan berlakunya kebakaran.

“Bagi tangki yang tidak terbakar kami telah pastikan tangki tersebut kembali pada suhu normal,” katanya ketika ditemui pemberita di kawasan perindustr­ian KBC, Telok Kalong di sini, semalam.

Menurutnya, kesemua anggota bomba yang terlibat sepanjang operasi pemadaman telah diarahkan untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan bagi memastikan kesemua mereka tidak mengalami sebarang masalah sampingan kesan daripada operasi berkenaan kerana ia melibatkan bahan kimia berbahaya.

Sharikan berkata semalam bomba termasuk pasukan dari Putrajaya akan mula menjalanka­n penyiasata­n untuk mengenal pasti punca kebakaran.

Katanya Penolong Ketua Pengarah (Operasi dan Menyelamat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Edwin Galan Turki dijadual turut serta bersama-sama pasukan dari Putrajaya itu.

“Siasatan akan bermula hari esok (hari ini) sehingga Khamis dan jika kami tidak dapat mengesan puncanya dengan pasti dalam tempoh itu, kami akan teruskan siasatan untuk mendapatka­n punca sebenar kebakaran,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia