Utusan Borneo (Sarawak)

Orang kenamaan dalangi perniagaan minyak seludup di selatan Thailand

-

BANGKOK: Sejak beberapa tahun lepas, pihak berkuasa berhempas- pulas berusaha untuk menyekat pengaliran masuk minyak seludup berharga murah dari Malaysia, yang memberi pendapatan berjumlah berbilion Baht kepada mereka yang terbabit dengan aktiviti ekonomi haram di selatan Thailand.

Sebahagian besar daripada punca kegagalan kerajaan dalam menyekat perniagaan haram itu adalah penglibata­n ahli politik tempatan dan orang berpengaru­h yang didakwa mendalangi raket tertentu berbekalka­n kedudukan mereka yang sangat berkuasa.

“Perniagaan secara haram ini tidak dapat beroperasi tanpa orang ini (ahli poilitik tempatan dan orang berpengaru­h). Pihak berkuasa tidak dapat menangkap mereka ini kerana ada orang yang sanggup mengaku bertanggun­gjawab tentang aktiviti itu jika kami cuba menangkap mereka,” kata Jen Piyawat Nakwanich kepada Bernama baru-baru ini.

Pemerintah Tentera Wilayah Keempat itu, bagaimanap­un, tidak mendedahka­n identiti ahli politik dan orang berpengaru­h, yang didakwa mendalangi kartel di sebalik perniagaan minyak secara haram berkenaan.

Perbezaan besar antara harga petrol dan diesel di Malaysia dan Thailand menyebabka­n minyak Malaysia sentiasa menjadi sasaran utama penyeludup dari Thailand serta orang ’kuat’ mereka yang ingin meraih keuntungan besar melalui perniagaan di pasaran gelap.

Di Malaysia, harga diesel ialah RM2.18 seliter dan petrol RON 95 RM2.20 seliter, manakala petrol premium RON 97 pula RM2.58 seliter. Di Thailand, harga diesel, gasohol 95 dan gasohol 91 yang sering digunakan trak pikup dan kereta, masing-masing Baht 29.19 ( kira- kira RM3.64), Baht 29.65 (kira-kira RM3.70) dan Baht 29.38 ( kira- kira RM3.67) seliter.

Pengaliran masuk minyak Malaysia yang berharga lebih murah ke selatan Thailand melalui jalan tikus di sepanjang sempadan kedua-dua negara menjadi perhatian utama Putrajaya dan mendorongn­ya mengambil beberapa langkah untuk mengatasi perkara itu dengan segera, termasuk meningkatk­an pemeriksaa­n di sempadan.

Piyawat, yang bertanggun­gjawab bagi keseluruha­n keselamata­n di selatan Thailand, berharap usaha pihak berkuasa menghapusk­an perniagaan minyak seludup di wilayah selatan negara ini akan berhasil, terutama jika para pegawai tidak melayan sebarang cubaan untuk menutup mulut mereka melalui rasuah.

“Jika pihak berkuasa tidak terlibat dengan rasuah, kami akan dapat menutup dan merosakkan perniagaan (haram) mereka,” katanya serta menjelaska­n bahawa penyeludup menggunaka­n pelbagai cara untuk membawa masuk minyak ke selatan Thailand.

Beliau berkata, minyak seludup bukan sahaja dibawa dengan trak pikap yang diubah suai untuk menyeberan­gi sempadan Thailand-Malaysia, tetapi juga dengan bot ikan yang mendapat bekalan daripada kapal yang berlabuh di perairan antarabang­sa.

Bagaimanap­un, katanya, langkah mengetatka­n pemantauan dan penguatkua­saan undang-undang di kawasan sempadan telah membuahkan hasil.

Menurut Piyawat, perniagaan minyak seludup perlu disekat kerana ia memberi kesan negatif terhadap ekonomi tempatan dan ‘menakutkan’ peniaga tulen untuk membuka stesen minyak berlesen di selatan Thailand.

Kemungkina­n terpaksa bersaing dengan peniaga minyak haram, yang menawarkan petrol atau diesel yang sama kualiti pada harga jauh lebih rendah, bukanlah sesuatu yang menarik bagi ahli perniagaan yang ingin membuka stesen minyak secara berlesen di selatan Thailand.

Piyawat berkata langkah menghapusk­an perniagaan minyak secara haram juga akan meningkatk­an keuntungan yang dinikmati pengusaha stesen minyak di selatan negara ini, manakala kerajaan pula akan mendapat lebih banyak hasil melalui pungutan cukai.

Baru-baru ini, pihak berkuasa merampas kira-kira 100,000 liter minyak seludup melalui operasi dengan agensi kerajaan lain.

Bulan lepas, empat anggota tentera ditangkap dan dibuang kerja selepas mereka didapati antara 18 orang yang ditangkap bersama hampir 50,000 liter minyak seludup di selatan Thailand. — Bernama JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri warga emas rentung apabila terperangk­ap dalam kebakaran membabitka­n tiga buah kedai di Sungai Rengit, Pengerang, dekat Kota Tinggi, awal pagi semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata kebakaran itu, yang dilaporkan kepada pihaknya pada 3.45 pagi, mengorbank­an pekerja kedai perkakasan, Chong Chin Sin, 71, dan isterinya, Tan Ah Yeng, 70, yang keduaduany­a tinggal di premis berkenaan.

Mohd Fadli berkata lapan anggota bersama sebuah jentera digegaskan ke lokasi kejadian untuk memadamkan api sebaik menerima laporan.

“Sejurus tiba, didapati kebakaran melibatkan sebuah kedai bengkel motosikal, sebuah kedai perkakasan dan sebuah kedai menjual televisyen.

“Api tidak dapat dipastikan bermula dari kedai mana, namun, tiga kenderaan iaitu dua van terbakar kira-kira 70 peratus dan lima peratus manakala sebuah kereta jenis Volvo turut terbakar kira-kira 50 peratus,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.

Kerja-kerja memadam kebakaran di ketiga-tiga kedai papan itu, yang dibina sejak 50 tahun lepas, masih dijalankan sehingga sekarang.

Ia turut dibantu 20 anggota Pasukan Bomba Sukarela Sungai Rengit dan tujuh anggota dari Unit Central Emergency and Fire Service Response (CEFS), Projek Pembanguna­n Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia ( RAPID) Pengerang.

Punca dan anggaran kerugian masih disiasat, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia