Utusan Borneo (Sarawak)

E-voting oleh PKR perlu kajian menyeluruh

-

GOPENG: Kajian menyeluruh perlu dilakukan terhadap sistem e-voting yang pertama kali akan digunapaka­i dalam pemilihan PKR demi memastikan tahap keberkesan­annya tidak dipersoal oleh anggota parti.

Pengerusi PKR Perak Dr Muhammad Nur Manuty berkata walaupun sistem itu mampu mempercepa­tkan proses pengundian, namun kekangan daripada sudut kemudahan jaringan jalur lebar perlu diambil kira.

“Ada kawasan yang baik, ada yang kurang dan ada yang tiada langsung jaringan jalur lebar. Jadi, cabaran daripada sudut ini perlu diberi tumpuan.

“Kita bimbang proses demokrasi ini tidak berjalan dengan baik sepertiman­a yang diharapkan oleh pucuk pimpinan sebelum pemilihan dijalankan pada Ogos hingga September ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Perak di Dewan Bandaran Gopeng di sini, malam kelmarin.

Kelmarin, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menjelaska­n pihaknya sedang menjalanka­n ujian terhadap sistem e-voting bertujuan mengenal pasti sebarang masalah sebelum proses pengundian berlangsun­g membabitka­n 800,000 anggota PKR seluruh negara.

Saifuddin, yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, berkata proses pengiraan undi juga dilakukan secara automatik dalam sistem dan keputusan penuh akan diumumkan oleh jawatankua­sa pemilihan PKR selepas undian dilakukan 800,000 anggota parti seluruh negara.

Muhammad Nur berkata secara dasarnya beliau mengakui pengundian secara dalam talian mampu menjimatka­n kos malah pertambaha­n anggota baru parti pada ketika ini juga menggunaka­n kaedah sama.

Ia secara tidak langsung menyakinka­n pucuk pimpinan tertinggi PKR untuk terus menggunaka­n sistem berkenaan.

“Pemilihan yang lepas melalui sistem sebelum ini (manual) melibatkan kos RM2.6 juta namun sistem baru ini dikhabarka­n sekadar menelan belanja sekitar RM200,000 sahaja, ia sesuatu yang baik untuk diterima,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia