Utusan Borneo (Sarawak)

Rasuah bukan bahan jenaka, kata Syed Saddiq

-

MUAR: Jangan jadikan rasuah sebagai bahan jenaka atau gurau senda sebaliknya laporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya ia berlaku di tempat masing-masing, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata masyarakat perlu memupuk budaya baharu iaitu melihat rasuah sebagai teruk dan memberi impak negatif bukan sahaja kepada golongan belia bahkan kepada bangsa dan negara.

“Rasuah perlu dilihat sebagai teruk dan apa sahaja jenis rasuah walau sekecil RM5 atau sehingga berbilion ringgit ia tetap dianggap rasuah dan bukan bahan ketawa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Cermin Mata sempena Program Tanggungja­wab Sosial Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Sekolah Kebangsaan Parit No. 5, di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pematuhan LHDN, Ab- dul Manap Dim, Pengarah LHDN Johor, Mohd Ramli A. Wahid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata bagi tempoh 2013 sehingga Mei lepas, sebanyak 2,238 orang atau 55.2 peratus pesalah laku rasuah adalah golongan belia.

Dr Wan Azizah berkata perkara berkenaan amat membimbang­kan kerana golongan itu bakal pemimpin negara pada masa akan datang.

Syed Saddiq, yang juga Ahli Parlimen Muar, berkata kementeria­n telah menggarisk­an tiga cadangan untuk membantera­s gejala rasuah bagi mengelakka­n ia lebih berleluasa, khususnya dalam kalangan belia seperti memperkasa­kan lagi peranan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Selain itu, melakukan pindaan undang-undang termasuk pengasinga­n kuasa dan campur tangan politik serta liputan meluas berkaitan sesuatu kes rasuah,” katanya.

Terdahulu, seramai 39 murid dari kalangan golongan kurang berkemampu­an, menerima sumbangan cermin mata, manakala empat sekolah dalam parlimen Muar, turut menerima alat bantuan mengajar.

Mengulas mengenai penularan video berdurasi 28 saat yang menunjukka­n Syed Saddiq mengutip sampah yang ditinggalk­an penyokong bola sepak, ketika perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin, katanya tindakan terbabit bukanlah sesuatu yang dirancang.

Beliau berkata sebaliknya perbuatan berkenaan dilakukan secara spontan, dengan harapan ianya akan menjadi amalan penyokong ketika berada di stadium. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Syed Saddiq (duduk, dua kanan) memakaikan cermin pada pada murid Muhamad Adam Hariz Syarizam 10 pada Majlis Penyerahan Program Tanggungja­wab Sosial Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Sekolah Kebangsaan Parit Nombor Lima dekat Muar,...
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Syed Saddiq (duduk, dua kanan) memakaikan cermin pada pada murid Muhamad Adam Hariz Syarizam 10 pada Majlis Penyerahan Program Tanggungja­wab Sosial Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Sekolah Kebangsaan Parit Nombor Lima dekat Muar,...
 ?? — Gambar Bernama ?? HADIR: Wan Azizah ketika hadir rumah terbuka DUN Kajang di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Dr Ong Kian Ming (dua kiri) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Lee Hoy Sian (tiga kiri).
— Gambar Bernama HADIR: Wan Azizah ketika hadir rumah terbuka DUN Kajang di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Dr Ong Kian Ming (dua kiri) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Lee Hoy Sian (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia