Utusan Borneo (Sarawak)

Kedah rancang lebih banyak TASKA dibuka untuk penjawat awam

-

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah merancang untuk menambah lebih banyak Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memenuhi kehendak penjawat awam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Kebajikan dan Pembasmian Kemiskinan, Halimaton Shaadiah Saad, berkata sehingga kini terdapat tujuh pusat jagaan kanak-kanak itu telah beroperasi dengan tiga daripadany­a terletak di Kompleks Pentadbira­n Kerajaan Perse- kutuan di Anak Bukit, Wisma Negeri dan sebuah di Pejabat Daerah di negeri ini.

“Perkara ini saya akan bawa ke dalam mesyuarat exco untuk dibincangk­an kerana kita mahu ibu yang bekerja akan lebih fokus, selain mudah mendapat pelepasan dari pihak majikan, dan juga tidak perlu bimbang kerana pengasuh adalah dalam kalangan yang terlatih dan berdaftar dengan JKM,” katanya kepada pemberita pada Program Sambutan Hari Ibu dan Bapa peringkat negeri Kedah di sini, semalam.

Beliau mengulas cadangan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang menyasarka­n semua agensi kerajaan untuk menubuhkan pusat jagaan kanak- kanak menjelang awal tahun depan.

Ia susulan penemuan mayat bayi lelaki, berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi Naef berbalut kain napkin dan dimasukkan ke dalam beg sebelum disumbatka­n ke peti ais dua pintu di rumah pengasuh berkenaan di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor, baru-baru ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKONGSI KASIH: Halimaton (tengah) beramah mesra dengan sebahagian kanak-kanak dari Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) Nur Kasih Kompleks Pertadbira­n Kerajaan Persekutua­n Anak Bukit pada Program Sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Negeri Kedah semalam.
— Gambar Bernama BERKONGSI KASIH: Halimaton (tengah) beramah mesra dengan sebahagian kanak-kanak dari Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) Nur Kasih Kompleks Pertadbira­n Kerajaan Persekutua­n Anak Bukit pada Program Sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Negeri Kedah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia