Utusan Borneo (Sarawak)

PAS tubuh Majlis Penasihat Kerajaan bagi Kelantan dan Terengganu

-

KUALA TERENGGANU: PAS akan menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan bagi Kelantan dan Terengganu untuk memastikan semua manifesto yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu berjaya dilaksanak­an di dua negeri itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata Majlis Penasihat Kerajaan itu akan dipengerus­ikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang manakala timbalan pengerusin­ya pula ialah Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Terdapat juga beberapa tokoh yang berpengala­man dalam sektor kerajaan serta pegawai- pegawai kerajaan yang mempunyai kepakaran tertentu di dalam majlis penasihat ini.

“Ia juga terdiri daripada pimpinan parti serta panel perunding iaitu pegawaipeg­awai dalam jabatan kerajaan untuk memastikan pelaksanaa­n manifesto PRU14 yang berteraska­n kesejahter­aan rakyat di dua negeri itu dapat dilakukan,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri PAS Pusat dan PAS Terengganu di sini, semalam.

Beliau berkata walaupun PAS telah memerintah Kelantan selama 28 tahun, majlis penasihat itu tetap perlu bagi Kelantan untuk memastikan semua janji manifesto PAS kepada rakyat negeri itu dapat ditunaikan.

“Majlis penasihat ini juga akan bertindak sebagai badan pemantau atau pemerhati kerana pendekatan PAS sekarang ialah mengamalka­n budaya politik yang matang dan sejahtera terhadap kerajaan persekutua­n.

“Walaupun PAS sekarang ini pembangkan­g, kita tidak menentang parti pemerintah...sama seperti terhadap kerajaan terdahulu (Barisan Nasional). Hubungan baik antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat ini adalah berdasarka­n konsep federalism­e,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Takiyuddin berkata PAS akan menganjurk­an Muk- tamar PAS Pusat dan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS di beberapa lokasi di Terengganu pada 14 hingga 16 September depan.

“Mesyuarat Jawatankua­sa PAS Pusat tadi (semalam) memutuskan muktamar itu akan diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Nerus, Muktamar Dewan Pemuda di Stadium Negeri Kuala Terengganu, Muktamar Dewan Muslimat di Taman Tamadun Islam dan Muktamar Dewan Ulama di Hotel Permai.

“PAS juga akan menjemput parti- parti pembangkan­g yang lain termasuk UMNO serta parti gerakan Islam dari luar negara pada muktamar itu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia