Utusan Borneo (Sarawak)

PRK Sungai Kandis: PAS letak calon jika pertanding­an satu lawan satu dengan PH

-

KUALA TERENGGANU: PAS hanya akan meletakkan calon dari parti itu sekiranya berlaku pertanding­an satu lawan satu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis susulan kematian penyandang­nya, Mat Shuhaimi Shafiei (PKR) pada 2 Julai lepas.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata pencapaian PAS di DUN Sungai Kandis pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hanya sederhana sahaja dengan mendapat 7,573 undi.

“Jadi apa yang kita harapkan, kalaulah parti pembangkan­g yang lain umpamanya Barisan Nasional tidak ber- hasrat hendak bertanding dan menjadikan pertanding­an itu satu lawan satu, kemungkina­n besar PAS akan meletakkan calon.

“Tapi keputusan dalam Mesyuarat Jawatankua­sa PAS Pusat tadi (semalam), sekiranya berlaku pertanding­an tiga penjuru, kemungkina­n (meletakkan calon) akan dipertimba­ngkan. Kita kaji baliklah kerana kita tak mahu perpecahan banyak undi dan akan mengulangi semula keputusan pada PRU14 yang lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri PAS Pusat dan PAS Terengganu di sini semalam yang turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan pimpinan tertinggi parti itu.

Mat Shuhaimi, 50, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada jam 11.10 pagi Isnin akibat kanser limfoma.

PadaPRU14,Shuhaimime­menangi kerusi DUN Sungai Kandis selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kamaruzzam­an Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia