Utusan Borneo (Sarawak)

Taman Hidupan Liar Langkawi cadang sumbang RM35,000 buat anak yatim perlis

-

LANGKAWI: Taman Hidupan Liar Langkawi, antara tarikan pelanconga­n di sini, bercadang untuk memberi sumbangan sebanyak RM35,000 buat tujuh rumah anak yatim yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Perlis (MAIPs).

Perkara ini diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor pada majlis perasmian Program Jalinan Syawal Kasih MAIPs di sini malam kelmarin.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l yang juga Yang Dipertua MAIPs berkenan merasmikan program itu, yang turut dihadiri Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Mohd Nazim berkata hasrat tersebut telah disuarakan sendiri Pengarah Urusan Taman Hidupan Liar Langkawi Datuk Richard Long.

“Sumbangan ini adalah untuk membantu meningkatk­an pencapaian akademik anak-anak yatim terlibat dan sekiranya keadaan mengizinka­n, beliau bercadang untuk membuat sumbangan ini secara tahunan,” katanya.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin dalam titahnya meminta anak-anak yatim mencontohi semangat Mohd Nazim, yang kehilangan ibunya ketika masih dalam tahun satu.

Titah baginda, Mohd Nizam berjaya meneruskan pengajiann­ya hingga ke Universiti Al- Azhar sebelum menyandang jawatannya sekarang, membuktika­n kejayaan menuntut ilmu dan menggunaka­n ilmunya telah membolehka­n beliau memperbaik­i kehidupan.

“Hanya melalui ilmu sahaja yang akan mampu mengubah nasib kita untuk menjadi lebih baik dan cemerlang pada masa hadapan serta menasihatk­an semua supaya mempunyai strategi untuk berjaya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia