Utusan Borneo (Sarawak)

UTM-KEJORA meterai kerjasama dalam pembanguna­n modal insan

-

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) semalam memeterai kerjasama strategik dalam pembanguna­n modal insan dan penyelidik­an luar bandar di wilayah KEJORA dengan suntikan dana sebanyak RM1 juta.

Dana oleh pihak KEJORA itu akan disalurkan ke tabung Endowmen UTM bagi tempoh tiga tahun menerusi ‘Centre for Advancemen­t in Rural Education Informatic­s’ ( iCARE) UTM- KEJORA yang melibatkan Fakulti Komputeran, kini dikenali sebagai Sekolah Komputeran.

Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ir Wahid Omar berkata kerjasama tersebut memberi peluang kepada para penyelidik dalam melaksanak­an aktiviti berimpak tinggi berkaitan pembanguna­n modal insan dan penyelidik­an berasaskan penglibata­n komuniti.

“Melalui iCARE, seramai 50 pelajar daripada keluarga berpendapa­tan rendah dan tinggal di wilayah KEJORA akan dipilih untuk menyertai projek ini.

“Kita akan pilih pelajar sekolah menengah yang akan melanjutka­n pelajaran di sini (UTM) pada tahun ini dan juga pelajar sedia ada tetapi yang tinggal di komuniti setempat di Johor Tenggara sahaja,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an dan perjanjian antara UTM dan Kejora itu, di sini semalam.

Sementara itu, Pengurus Besar KEJORA Norazman Othman berkata pelajar berkenaan juga akan diberi bantuan kewangan melalui dana terbabit selain mengikuti program utama iCARE iaitu iCARE My English (iME) bagi meningkatk­an kemahiran bahasa Inggeris menggunaka­n teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

“Kita juga akan mengadakan program-program lain di bawah iCARE tetapi buat masa ini kita fokus kepada iME.

“Apa yang penting, kita mahu pelajar yang mengikuti program iCARE ini mampu memberi sumbangan kepada komuniti setempat mereka kelak terutama dalam berkongsi kemahiran berbahasa Inggeris menggunaka­n ICT seperti dengan menggunaka­n iPad,” katanya.

Norazman berkata kerjasama antara pihaknya dan UTM telah dijalankan sejak 2012 hingga tahun lepas khususnya melalui program iME di sekolah- sekolah menengah di sekitar wilayah KEJORA dengan penglibata­n 3,141 pelajar, 293 guru dan 217 mentor dalam kalangan penyelidik UTM. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERSEFAHAM­AN: Wahid bertukar dokumen Norazam (kiri) pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an dan Perjanjian antara UTM dan KEJORA dalam Projek Kelestaria­n Modal Insan Luar Bandar Melalui iCARE di Bangunan Canseleri UTM Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama PERSEFAHAM­AN: Wahid bertukar dokumen Norazam (kiri) pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an dan Perjanjian antara UTM dan KEJORA dalam Projek Kelestaria­n Modal Insan Luar Bandar Melalui iCARE di Bangunan Canseleri UTM Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia