Utusan Borneo (Sarawak)

England melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018 selepas benam Sweden 2-0 di Samara, Sabtu lepas

-

SAMARA, Rusia: Jurulatih kebangsaan England, Gareth Southgate berkata pasukannya “masih seperti rencana yang belum siap” selepas layak ke peringkat separuh akhir yang pertama di Piala Dunia sejak 1990 apabila menewaskan Sweden 2-0 pada perlawanan suku akhir Sabtu lepas.

Gol tandukan Harry Maguire dan Dele Allli di Samara dan ketangkasa­n penjaga gol Jordan Pickford, memastikan England menempah pertemuan separuh akhir menentang Croatia roatia pada 11 Julai ini. i.

J u r u l a t i h Sweden, Janne Andersson, mencadangk­an England cukup bagus untuk “melangkah lebih jauh” di Rusia sementara ra Southgate percaya ya masih ada bananyak lagi yang akan muncul dari barisan risan pemain mudanya. ya.

“Kami adalah sebuah pasukan yang ang masih cuba meneningka­t. Kami tahu ahu di mana kedudukan kami, kami berjaya kerana semua orang bekerja keras,” kata Southgate selepas menyertai nama besar seperti Alf Ramsey dan Bobby Robson sebagai jurulatih ketiga yang membimbing England ke separuh akhir Piala Dunia.

“Kami seperti rencana yang belum siap, kami tidak memiliki pemain kelas dunia setakat ini,” kata beliau.

“Kami mempunyai ramai pemain muda yang bagus, yang menunjukka­n kepada dunia di mana mereka bersedia menghadapi cabaran. Mereka

Kami adalah sebuah pasukan yang masih cuba meningkat. Kami tahu di mana kedudukan kami, kami berjaya kerana semua orang bekerja keras. Gareth Southgate Jurulatih kebangsaan England

cuba bermain dengan cara yang betul dan telah menunjukka­n kekuatan mental sejak beberapa minggu yang lalu. “Kami tahu pada tahuntahun akan datang, me mereka akan menj jadi kuat.” England berjaya mengelak beberapa pasukan pilihan d dalam kelomp pok undian p e r l a w a - nan tetapi Sout Southgate ber b e r k a t a kejay kejayaan sku skuad mu muda ada adalah s a t u pe petanda bak bakat-bakat baharu yang muncul. Beliau merayu dengan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris untuk memberikan kepercayaa­n kepada pemain muda, yang sentiasa mendapati peluang mereka beraksi di peringkat kelab terhad ekoran kebanjiran bintang import. “Kami melangkah ke separuh akhir Piala Dunia. Sama ada kami dalam empat tangga teratas dunia adalah ses- uatu yang saya fikir masih perlu dibuktikan, tetapi kami meningkat deng a n sang a t baik dan kami mempunyai beberapa pemain yang bagus dan mereka memerlukan peluang untuk bermain,” kata Southgate. “Saya berharap dengan apa yang dilakukan oleh pasukan muda di peringkat antarabang­sa sebelum ini, ia adalah satu petanda kepada semua kelab, sama ada di England atau luar negara, di mana pemain Inggeris boleh bermain. “Tetapi hari ini adalah satu peluang besar bagi kami dan bukan sesuatu yang mahu kami lepaskan.” England adalah pasukan terakhir yang masih bersaing di Piala Dunia yang tidak mempunyai rekod tanpa bolos, tetapi beberapa aksi tangkas Pickford – dua kali dari cubaan Marcus Berg dan satu cubaan Viktor Claesson – menghalang Sweden dari menjaringk­an gol.

Ia juga menyaksika­n Pickford, 24, menjadi penjaga gol England paling muda untuk mengelak pintu golnya dibolosi di Piala Dunia.

“Beliau adalah satu prototaip apa yang seharusnya seorang penjaga gol moden,” kata Southgate ketika bercakap tentang Pickford, yang hanya membuat penampilan sulung bersama England pada bulan November tahun lepas.

“Kepantasan beliau di hadapan pintu gol hari ini, ketangkasa­n beliau pada saat penting dan sumbangan keseluruha­nnya – adalah sesuatu yang sangat hebat.”

Kapten England, Harry Kane, gagal menjaringk­an gol buat kali pertama dari tujuh perlawanan tetapi penyerang kelab Tottenham Hotspur itu masih disenarai teratas penjaring terbanyak di Piala Dunia dengan enam gol.

Beliau berkata pemain terdesak untuk melangkah ke final Ahad depan ketika kejayaan yang tidak diramal semakin hampir.

“Kami berkata kami mahu menulis semula sejarah kami dan saya berharap kami boleh memperbaik­inya lagi dan melangkah ke final,” kata Kane.

“Ia satu bahagian yang hebat di Piala Dunia setakat ini tetapi saya dan rakan-rakan merasakan ia belum berakhir lagi.

“Kami tidak mahu pulang, kami mahu melangkah lebih jauh. Kami tahu kami akan berdepan lawan yang sukar selepas ini tetapi kami sudah bersedia.

“Kami tidak sabar untuk menamatkan kejohanan dengan lebih baik dan apa jua yang berlaku, kami boleh berkata kami berasa bangga dengan setiap seorang di antara kami.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SOUTHGATE KE SEPARUH AKHIR: Alli (kiri) meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika membantu England menewaskan Sweden di Samara, Rusia Sabtu lepas.
— Gambar AFP SOUTHGATE KE SEPARUH AKHIR: Alli (kiri) meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika membantu England menewaskan Sweden di Samara, Rusia Sabtu lepas.
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DETIK BERSEJARAH: Pemain pertahanan Croatia, Domagoj Vida (kanan) dan Josip Pivaric meraikan kejayaan mereka mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Rusia menerusi penentuan sepakan penalti. SAMPAOLI
— Gambar AFP DETIK BERSEJARAH: Pemain pertahanan Croatia, Domagoj Vida (kanan) dan Josip Pivaric meraikan kejayaan mereka mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Rusia menerusi penentuan sepakan penalti. SAMPAOLI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia