Utusan Borneo (Sarawak)

Croatia tamatkan impian Piala Dunia Rusia

-

SOCHI, Rusia: Luka Modric mengakui Croatia tersentak selepas menamatkan impian Piala Dunia buat pasukan tuan rumah, Rusia, menerusi satu lagi penentuan sepakan penalti Sabtu lepas untuk menempah pertemuan separuh akhir menentang England.

Ivan Rakitic menjaringk­an penalti kemenangan di Sochi pada akhir perlawanan yang berkesudah­an 2-2 sehingga masa tambahan.

Pemain kelahiran Brazil, Mario Fernandes, menghidupk­an peluang Rusia apabila menanduk gol penyamaan 2-2 pada minit ke-115 untuk memaksa permainan ditentukan menerusi sepakan penalti tetapi beliau dan Fedor Smolov gagal menyempurn­akan penalti mereka membolehka­n Croatia menang 4-3.

Denis Cheryshev meletakkan Rusia di hadapan dalam separuh masa pertama tetapi Andrej Kramaric dan Domagoj Vida menjaringk­an gol buat Croatia sebelum gol penyamaan lewat Fernandes.

Croatia melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Dunia yang pertama mereka sejak 1998 dan akan menentang England di Moscow Rabu depan.

Tetapi ia masih perlu dilihat berapa cepat pasukan – dengan perlawanan ditonton Presiden Croatia, Kolinda Grabar-Kitaroic – boleh mengembali­kan tenaga dengan cepat selepas turut dipaksa bermain sehingga penentuan sepakan penalti ketika menewaskan Denmark di pusingan kedua.

“Ada ketikanya kami kekurangan tenaga tetapi ia dua hari kali dalam enam hari di mana kami bermain 120 minit,” kata Modric, yang juga kapten Croatia.

“Sudah tentu ia akan memberi kesan. Anda menerima padah kerana bermain terlalu lama.”

Croatia sekarang akan memburu untuk memperbaik­i pencapaian terbaik mereka dan melangkah ke final selepas tewas kepada Perancis di separuh akhir pada 20 tahun yang lalu.

“Ia menjadikan kami sangat bangga dan gembira untuk melangkah ke separuh akhir sekali lagi,” tambah Modric.

“Kami mengambil laluan yang sukar. Kami tidak bernasib baik pada kejohanan terdahulu tetapi sekarang kami menebus kekecewaan lama dan saya berharap kami boleh melangkah lebih jauh berbanding pada 1998.”

Ketika jurulatih Croatia, Zlatko Dalic tidak dapat menahan tangisan kegembiraa­n, bagi Rusia, ia adalah kekalahan yang sangat mengecewak­an.

Tetapi mereka boleh berasa bangga dengan usaha mereka, dengan kemaraan ke suku akhir tidak pernah dijangkaka­n dari pasukan yang diketepika­n sebagai tiada harapan sebelum kejohanan.

“Kami hanya mahu membuktika­n diri kami sendiri,” kata jurulatih Rusia, Stanislav Cherchesov. “Seluruh negara jatuh cinta dengan kami, mereka tahu pasukan ini sangat berbaloi.”

Rusia, dengan harapan luar biasa selepas menyingkir­kan Sepanyol di pusingan kedua, kembali ke pusat peranginan Laut Hitam dengan azam untuk memburu tempat ke separuh akhir pertama mereka di Piala Dunia sejak kejatuhan Soviet Union.

Tetapi Croatia adalah pasukan pilihan dan mereka menguasai permainan dari awal walaupun jika Rusia mempamerka­n beberapa aksi menarik sama seperti penganjura­nnya.

Rusia membuka jaringan tanpa diduga dengan satu rembatan kencang Cheryshev pada minit ke-30 selepas bertukar hantaran dengan Artem Dzyuba. — AFP SOCHI, Rusia: Neymar menyuaraka­n kesedihan beliau selepas Brazil tersingkir dari Piala Dunia 2018 apabila tewas 1-2 kepada Belgium pada perlawanan separuh akhir Jumaat lepas.

“Saya boleh berkata ia adalah saat paling menyedihka­n dalam karier saya, kesakitan itu sangat teruk kerana kami tahu kami boleh melangkah jauh, kami boleh mencipta sejarah tetapi ia bukan masanya,” kata beliau ketika menulis dalam laman sosial Instagram.

Brazil tersentak pada perlawanan di Kazan Jumaat lepas, mendapati mereka ketinggala­n 0-2 pada masa rehat dan gagal bangkit pada separuh masa kedua walaupun Renato Augusto merapatkan kedudukan pada lewat permainan.

Kekecewaan itu menyusul ekoran kekalahan memalukan 1-7 kepada Jerman di separuh akhir empat tahun yang lalu, ketika Brazil menjadi tuan rumah Piala Dunia.

Mereka ketika ini bermain tanpa Neymar, yang mengalami kecederaan ketika menewaskan Colombia di suku akhir.

Neymar datang ke Rusia selepas menjalani pembedahan kerana kecederaan kaki pada bulan Februari.

“Ia sukar untuk mencari kekuatan untuk kembali semula bermain tetapi saya pasti Tuhan akan memberikan saya cukup kekuatan untuk menghadapi semua ini,” tambah Neymar.

“Sangat gembira untuk menjadi sebahagian pasukan ini, saya berasa bangga dengan semua orang. Mereka mengganggu impian kami tetapi ia tidak hilang dari harapan dan hati kami.”

Pemain paling mahal di dunia itu ekoran perpindaha­n bernilai 222 juta euro dari Barcelona ke Paris Saint Germain (PSG), akan mencecah usia 30 tahun pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

Brazil sekarang sudah tersingkir di peringkat suku akhir pada tiga dari empat kejohanan terakhir sejak memenangi Piala Dunia buat kali kelima – di Jepun/Korea Selatan pada 2002.

Skuad Brazil berlepas meninggalk­an Rusia petang semalam untuk penerbanga­n ke Madrid sebelum meneruskan penerbanga­n ke Rio de Janeiro. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PULANG: Neymar meninggalk­an hotel penginapan skuad Brazil di Kazan, Rusia semalam.
— Gambar AFP PULANG: Neymar meninggalk­an hotel penginapan skuad Brazil di Kazan, Rusia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia