Utusan Borneo (Sarawak)

Futsal: Sejumlah RM8,500 hadiah wang tunai bakal menanti pemenang

-

SPAOH: Sejumlah RM8,500 hadiah wang tunai bakal menanti pemenang Pertanding­an Futsal Terbuka Spaoh bagi merebut Piala Datuk Amar Douglas Uggah Embas 2018 bermula 27 hingga 29 Julai ini.

Pertanding­an ini anjuran Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung Spaoh dengan Gelanggang Futsal Pekan Spaoh sebagai venue utama.

Pengerusi pertanding­an, Muzaid Satar berkata setakat ini pengelola menerima sebanyak 32 penyertaan.

“Kejohanan edisi ketiga ini mendapat sambutan luar biasa dan beberapa pasukan menyertai pertanding­an edisi lalu turut mengesahka­n bertanding,” katanya di sini semalam.

Pasukan-pasukan mengesahka­n penyertaan ialah juara bertahan, H Cromo FT dari Bintulu, KasikaCF(Kuching),PFAKTT (Kuching), Twister Bintulu, VelocityFC,BracaFT(Samarahan), Neo Nexus FT (Kuching) dan Matrix United (Sarikei)

Tahun ini, penganjur menawarkan hadiah lumayan iaitu wang tunai RM4,000, piala dan pingat untuk juara, RM2,500, piala dan pingat (naib juara) dan RM1,000 untuk pasukan mendapat tempat ketiga dan keempat.

Menurut Muzaid, penyertaan bagi pasukan berminat masih dibuka dan ditutup pada 20 Julai ini.

“Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM100 sahaja dan penganjur amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak bagi menjayakan dan memeriahka­n pertanding­an ini,” katanya.

Sepak mula dijangka disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

 ??  ?? JOM SERTAI: Pertanding­an Futsal Terbuka Spaoh merebut Piala Datuk Amar Douglas Uggah Embas Edisi Ke-3, 2018 berlangsun­g pada hujung bulan ini.
JOM SERTAI: Pertanding­an Futsal Terbuka Spaoh merebut Piala Datuk Amar Douglas Uggah Embas Edisi Ke-3, 2018 berlangsun­g pada hujung bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia