Utusan Borneo (Sarawak)

Malcolm dan Mirabel Ting masing-masing berjaya rangkul gelaran juara kejohanan golf Sarawak

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Pemain golf junior adik-beradik Malcolm dan Mirabel Ting masing- masing ber- jaya merangkul gelaran juara kejohanan golf 31st Sarawak Classic Cham- pionship untuk kategori wanita dan lelaki di Kelab Golf Sarawak (KGS) di sini semalam.

Pemain golf SUKMA XIX, Malcolm Ting, 16, mewakili Kelab Golf Miri (KGM) mengumpul sebanyak 142 mata (71-71) untuk menjulang trofi cabaran Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Samsung UHD Television 55”.

Ketinggala­n lima pukulan di belakang Malcolm, juara bertahan untuk 11 kali, Lee Ka Tung dari Sibu Golf Club ( KGS) turut mengalahka­n pemain golf SUKMA XIX, Aziel Teo selepas kedua-duanya mencatatka­n mata sama iaitu 147.

Adik-beradik Lee juga berjaya disenaraik­an dalam tempat 10 teratas dengan Lee Ka Tiong di tempat keempat dengan 155 dan Kah Ming di tempat keenam dengan 155 mata.

Mirabel Ting yang juga dari KGM berjaya mengekalka­n kejuaraan bagi kategori ‘ladies gross crown’ yang dimenangin­ya tahun lalu dengan skor terbaik 144 mata.

Bagi kategori ‘ ladies nett’ dimenangi pemain Korea dari KGS, Ryu Kyong Won yang mengumpul pukulan 154 mata mengalahka­n teman senegara, Kim Mi Kyeong dengan satu pukulan.

Tempat kedua dan ketiga, pemain golf KGS, Eva Puyang Deng (186) dan Alice Repet dari Kelab Golf Bintulu (KGB) masing-masing 187 mata.

Pemenang lain ialah Lincoln Leong (kategori lelaki nett) Then Su Yew (jemputan lelaki gross), Francis Vincent Chapman ( jemputan lelaki nett), Susan Toh ( jemputan wanita gross) dan Celine Foo ( jemputan wanita nett).

Tidak terdapat pemenang untuk hadiah ‘holein- one’ iaitu dua unit kenderaan BMX X5 yang ditaja oleh Sime Darby Industrial.

Tiga pemain golf menerima tambahan insentif untuk skor bawah 71 iaitu Macolm Ting menerima RM2,000 (kejohanan dua hari) sementara Mirabel Ting dan Aziel Teo menerima RM1,000 masing-masing.

 ??  ?? HEBAT: Adik-beradik Malcolm dan Mirabel Ting ternyata sama-sama hebat.
HEBAT: Adik-beradik Malcolm dan Mirabel Ting ternyata sama-sama hebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia