Utusan Borneo (Sarawak)

Media Inggeris memberikan pujian menggunung kepada The Three Lions

-

LONDON, England: Media Inggeris memberikan pujian menggunung kepada pasukan England, yang dibimbing Gareth Southgate selepas melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018 dan memberitah­u seluruh negara untuk membatalka­n apa-apa perancanga­n pada malam Rabu untuk menonton perlawanan separuh akhir menentang Croatia.

“Batalkan rancangan hari Rabu! Penyokong berpesta ketika England melangkah ke separuh akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam 28 tahun,” menurut tajuk akhbar The Sun selepas England menewaskan Sweden 2-0 di Samara.

Akhbar The Mail menerusi laman sesawang rasminya, menulis “Impian Diteruskan! England dalam kegembiraa­n.”

Ia memuji bintang yang muncul dalam skuad England, penjaga gol Jordan Pickford, kerana “ketangkasa­nnya” dan berkata 32 juta orang menonton perlawanan menerusi TV.

Akhbar The Mirror menulis lirik lagu apabila England menganjurk­an Euro 1996, dengan berkata: “England melangkah ke separuh akhir Piala Dunia – adakah ini benar-benar menjadi bola sepak akan kembali pulang pada musim panas ini?’

Akhbar Observer berkata: “Pada wisel penamat, pemain berkumpul bersama. Ia memerlukan beberapa saat untuk mereka menerima kejayaan ini dan kemudian baharulah menyertai kegembiraa­n bersamasam­a penyokong.”

Walaupun kejayaan ini, akhbar turut mendedahka­n kelemahan dalam kemenangan England.

“Jika kami bersikap jujur, satu perkara yang perlu diperbaiki oleh England jika mahu menggapai citacita memenangi kejohanan ini ialah mereka perlu bermain dengan lebih sempurna.”

Akhbar Sunday Telegraph berkata Southgate “telah membebaska­n England dan sekarang cita-cita negara seharusnya lebih tinggi berbanding 1990,” ketika kali terakhir England ke separuh akhir sebelum tewas kepada Jerman Barat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia