Utusan Borneo (Sarawak)

Mortal Bowlers kekal dominasi perebutan kejuaraan Liga Bertiga 199

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Sarawak diharapkan dapat melahirkan pemain- pemain golf bertaraf antarabang­sa yang berupaya mengharumk­an nama negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, kelmarin baharu sahaja selesai Kejohanan Jelajah Golf ASEAN dan memberi pendedahan kepada pemain- pemain tempatan bermain dalam standard antarabang­sa.

Katanya, beliau memaklumka­n kepada Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Hamzah bahawa kita boleh menaja Kejohanan Jelajah Golf ASEAN diadakan setiap tahun untuk mempromosi­kan Sarawak.

“Dengan harapan, pemain-pemain golf tempatan dapat berinterak­si dengan mereka dan sudah tentu menaik taraf standard bermain golf kalangan pemain golf tempatan kita.

“Sehingga suatu hari nanti kita dapat melahirkan pemain golf tempatan mempunyai standard antarabang­sa dari Sarawak,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Hadiah Kejohanan Golf 31st Sarawak Classic 2018 di sini semalam.

Sebelum itu, Abang Johari mendapat maklum balas daripada penganjur Kejohanan Jelajah Golf ASEAN yang menyatakan Damai Golf Course mempunyai pemandanga­n yang indah.

Beliau berkata, menerusiny­a juga banyak media antarabang­sa yang hadir membuat liputan media massa dan jurnal.

Pada masa sama, beliau turut memperjela­s Sarawak memperjuan­g hak mendapatka­n mandat bagi sumber asli minyak dan gas miliknya.

“Diharap dari situ kita akan menjana hasil pendapatan untuk negeri ini membolehka­n sektor sukan turut dibantu,” jelasnya.

Abang Johari berkata, secara politik Sarawak adalah bebas dan tidak berpihak kepada Barisan Nasional ( BN) atau Pakatan Harapan ( Pakatan).

“J u s t e r u i t u , k i t a ( Sarawak) boleh menjadi lebih baik,” katanya.

Sehubungan itu, Malcom Ting dinobatkan juara kejohanan tersebut dan membawa pulang trofi dan hadiah sampingan plak dan TV 55”.

Turut hadir Datuk Patinggi Dr George Chan ditemani isterinya Datuk Lorna Enan Muloon, Timbalan Presiden KGS, Tan Sri Datuk Amar Morshidi Ghani, Naib Presiden KGS Gani Matahir, Setiausaha KGS Pauline Gan, Bendahari, Francis Vincent dan Pengerusi Penganjur, Mazlan Salleh. KUCHING: Pasukan Mortal Bowlers kekal mendominas­i perebutan kejuaraan Liga Bertiga 199 dan ke bawah Megalanes Adventure World selepas berjaya menundukka­n 10 Pin Mafia dengan 13-7 pada perlawanan minggu kedua.

Mereka kini mengumpul 78.22 skor Peterson diekori The Musketeers di tempat kedua dengan kekurangan skor sebanyak 1.81.

VC United menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Blind Score sementara Lucky jatuh tempat keempat walaupun berjaya mengatasi Pocket Pounders dengan 12-8.

10 Pin Mafia jatuh ke tangga kelima sususlan kekalahan di tangan Mortal Bowlers.

Dalam pada itu, pemain 10 Pin Mafia, Sam Lau kekal mendahului kategori Individual High Game sambil diekori Maimunah Arshad mewakili Pocket Pounders.

Kategori Individual High Series pula menyaksika­n Robert Lu mendahului pemain Mortal Bowlers, Muhd Mashruhin.

Persembaha­n cemerlang Lucky membolehka­n pasukan itu mendahului kategori Team High Game dan Team High Series.

Pasukan 10 Pin Mafia dan VC United berada di kedudukan kedua kategori berkenaan.

Sementara itu, pasukan Elite masih menguasai carta Liga Beregu 180 & Ke bawah Megalanes Adventure World selepas berakhir saingan minggu keempat.

Ini susulan kemenangan 114 menewaskan seteru utama, Air Strike bagi membolehka­n Elite berkelebih­an skor Peterson sebanyak 5.89.

Elite 3 turut tidak mengecewak­an dengan menewaskan Putra J Bowlers dengan 15-0 manakala On Sik On di kedudukan keempat walaupun tewas 5-10 ke atas 77 United Bowlers.

Ketika ini, pemain Elite - Benny Teo berada di kedudukan teratas kategori Individual High Game selepas mengharung­i 275 perlawanan pada minggu pertama.

Ini disusuli pemain Air Strike, Muhd Mussaddiq di tempat kedua manakala Mohd Rezuan juga mewakili Air Strike mendahului kategori Individual High Series.

Kategori Team High Game didominasi Elite 3 dengan jatuhan pin sebanyak 491 diekori Elite di tempat kedua dengan 469 pin.

Air Strike pula mendahului Elite dalam perebutan kategori Team High Series manakala pemain Air Strike, Marzainah Jayamara kekal pilihan memenangi Best Ladies Award.

 ??  ?? TAHINIAH: Abang Johari (tengah) menyampaik­an hadiah kepada pemenang kejohanan golf 31st Sarawak Classic 2018 di Kuching semalam.
TAHINIAH: Abang Johari (tengah) menyampaik­an hadiah kepada pemenang kejohanan golf 31st Sarawak Classic 2018 di Kuching semalam.
 ??  ?? KECEWA: E-mel daripada ketua jurulatih skuad berbasikal Sarawak, Leon Schepers kepada pelumba terbabit semalam.
KECEWA: E-mel daripada ketua jurulatih skuad berbasikal Sarawak, Leon Schepers kepada pelumba terbabit semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia