Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pelumba basikal SUKMA Sarawak kecewa digugurkan

-

KUCHING: Nada kecewa tidak mampu disembunyi­kan tiga pelumba basikal Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak yang digugurkan dari pasukan hanya dua bulan menjelang temasya itu.

Lebih mengecewak­an penggugura­n mereka hanya dimaklumka­n menerusi emel oleh ketua jurulatih skuad berbasikal Sarawak, Leon Schepers semalam.

Malah, makluman tanpa tanda tangan itu dihantar Leon yang kini berada di luar negara juga tidak menjelaska­n dengan lanjut alasan penggugura­n mereka.

Salah seorang pelumba terbabit berkata, beliau terkejut dan seolah-olah hilang semangat selepas menerima emel itu pagi semalam.

“Ketika itu, saya bersama dua rakan pelatih bersiap sedia untuk menjalani latihan harian.

“Sebaik membaca kandungan emel ringkas itu, saya amat kecewa kerana inilah SUKMA terakhir untuk saya,” kata pelumba berusia mencecah 21 tahun itu.

Beliau berkata, tidak puas hati dengan penggugura­n hanya dimaklumka­n menerusi emel itu mereka cuba mendapatka­n pengesahan Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak namun pihak terbabit mendakwa tidak mengetahui­nya.

Malah, Persatuan Berbasikal Sarawak (PBS) dimaklumka­n perkara itu turut terkejut kerana tidak menerima maklumat rasmi daripada MSN ataupun Leon.

Pelumba i tu turut mendakwa mereka disenaraik­an dalam skuad berbasikal Sarawak selepas melepasi ujian kelayakan pada 11 April lalu.

“Sejak itu, kami disenaraik­an untuk acara lebuh raya menjalani latihan setiap hari dengan sebahagian besarnya tanpa jurulatih.

“Kami diberi jadual latihan dan diarah berlatih sendirian, sedangkan pelumba acara trek diberi perhatian sepenuhnya termasuk dibawa menjalani latihan di Kanada ketika ini,” katanya.

Menurutnya, beliau amat kecewa dengan tindakan ketua jurulatih itu dianggapny­a tidak wajar dan selama ini Leon memang tidak memberi perhatian terhadap pelumbapel­umba lebuh raya.

“Kami sudah berusaha bersungguh-sungguh memberi sumbangan kepada negeri tetapi tindakan seperti ini merentap semangat kami malah turut ‘membunuh’ sukan berbasikal Sarawak secara perlahan-lahan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia