Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 400 warga SMK Taman Tunku menyertai larian amal

-

MIRI: Seramai 400 orang warga SMK Taman Tunku menyertai larian amal Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bertemakan ‘School Book Run SMK TT 2018’ yang berlangsun­g di sekolah tersebut di sini semalam.

Larian amal itu disempurna­kan oleh Pengerusi PIBG SMK Taman Tunku, Daniel Philip Munyi turut dihadiri oleh Pengetua SMK Taman Tunku, Tang Cheng Mun.

Daniel dalam ucapannya berkata, larian amal itu bagi mengumpul dana Tabung PIBG dalam usaha membantu menampung serta membiayai kos menaik taraf infrastruk­tur sekolah tersebut.

“Melalui aktiviti sihat ini sebahagian usaha kita mencari dana bagi menaik taraf kemudahan pengajaran dan pembelajar­an sekolah untuk anak-anak.

“Selain mengumpul dana, program itu melibatkan ibu bapa, guru- guru, pelajar serta masyarakat setempat mengeratka­n hubungan kalangan mereka selain mempromosi­kan gaya hidup sihat,” katanya.

Larian amal itu juga menggalakk­an pelajarnya mendermaka­n buku-buku lama masih boleh digunakan kepada rumah-rumah anak yatim.

“Kita turut menerapkan nilai-nilai prihatin kalangan pelajar menggalakk­an mereka menyumbang buku terpakai diberikan kepada anakanak yatim,” katanya.

Sementara itu, larian amal itu dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu kategori 4km, 5km dan 10km.

Larian 10km terbuka kepada orang dewasa manakala 5km terbuka kepada pelajar. Manakala 4km untuk ‘Fun Run’ terbuka kepada masyarakat setempat hanya menyertai sebagai aktiviti riadah untuk kecergasan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia