Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Aidilfitri dan Gawai Dayak bukti perpaduan erat

-

LEBIH 3,000 penduduk kampung yang berbilang kaum dan agama hadir memeriahka­n Majlis Raikan Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak 2018 di Dewan Pembanguna­n Sebuyau, baru- baru ini.

Kehadiran penduduk berbilang kaum itu menunjukka­n wujudnya perpaduan dan ker- jasama yang erat dalam kalangan masyarakat di kawasan tersebut.

Menteri Muda Jalan Pesisir selaku Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi merakamkan penghargaa­n kepada jawatankua­sa penganjur serta penduduk yang telah bekerjasam­a menjayakan majlis tersebut.

“Sambutan yang begitu baik sekali dan ini menggambar­kan perpaduan erat dalam kalangan anda semua,” katanya pada majlis itu.

Mengenai pembinaan jalan pesisir, Julaihi berharap agar kerajaan persekutua­n dapat meneruskan projek pembinaan jalan dan jambatan yang telah dirancang di bawah kerajaan terda- hulu demi kesejahter­aan penduduk di sepanjang jalan pesisir.

“Pembinaan jambatan Batang Lupar misalnya, perlu diteruskan kerana ia amat perlu bagi menghubung­kan kawasan selatan dan utara negeri Sarawak.

“Ia amat bermakna bagi seluruh penduduk di sepanjang jalan pesisir Sarawak,” tegasnya.

Beliau juga berharap rancangan membina benteng laut dapat diteruskan bagi melindungi kawasan di sepanjang pantai Sebuyau daripada dimasuki air pasang.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan persembaha­n gendang Melayu dan nyanyian daripada penyanyi tempatan.

Turut hadir pada majlis berkenaan Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abd Karim, Residen Samarahan Ibrahim Lumpu dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? HARMONI:
HARMONI:
 ??  ??
 ??  ?? APA KHABAR?: Kehadiran Julaihi dan isteri disambut penduduk kampung.
APA KHABAR?: Kehadiran Julaihi dan isteri disambut penduduk kampung.
 ??  ?? MERIAH: Penduduk kampung memenuhi Dewan Pembanguna­n Sebuyau.
MERIAH: Penduduk kampung memenuhi Dewan Pembanguna­n Sebuyau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia