Utusan Borneo (Sarawak)

Warta Kerajaan Rasmi menyatakan 18,632 dipecat disyaki bertindak menentang keselamata­n negara

-

ANKARA: Pihak berkuasa Turki telah mengarahka­n pemecatan lebih daripada 18,500 kakitangan negeri termasuk anggota polis, tentera dan ahli akademik, dalam satu dikri yang disiarkan semalam.

Warta Kerajaan Rasmi menyatakan 18,632 orang telah dipecat termasuk 8,998 anggota polis di dalam dikri darurat mengenai hubungan disyaki dengan organisasi dan kumpulan pengganas yang “bertindak menentang keselamata­n negara”.

Kira- kira 3,077 anggota tentera turut dipecat termasuk 1,949 kakitangan pasukan tentera udara dan 1,126 dari pasukan tentera laut.

Seramai 1,052 kakitangan awam dari kementeria­n kehakiman dan institusi berkaitan telah dipecat termasuk 649 dari pasukan pengawal bantuan dan 192 dari pengawal pantai.

Pihak berkuasa turut memecat 199 ahli akademik, menurut dikri baharu, sementara 148 pekerja negeri dari pihak tentera dan kementeria­n telah dikembalik­an jawatannya.

Turki telah berada di bawah perintah darurat sejak Julai 2016 cuba untuk mengguling­kan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Pihak media Turki menggelar dikri itu sebagai yang “terakhir” dengan pihak berkuasa menyatakan perintah darurat akan tamat seawal-awalnya Isnin ini.

Perintah darurat telah diperbahar­ui sebanyak tujuh kali dan tempoh yang terbaharu adalah secara rasminya dijangkaka­n akan tamat pada 19 Julai.

Lebih 110,000 pekerja sektor awam telah dipecat sebelum ini dari tugas mereka melalui dikri darurat sejak Julai 2016 ketika berpuluh ribu lagi telah dipecat dalam satu tindakan yang dikritik oleh sekutu Barat Ankara.

Turki telah menuduh ulama Islam yang menetap di AS Fethullah Gulen sebagai merancang cubaan rampasan kuasa. Majoriti daripada mereka yang dipecat adalah di bawah darurat telah dituduh mempunyai kaitan dengan Gulen.

Kerajaan merujuk kepada pergerakan sebagai “Organisasi Pengganas Fethullah”. Gulen telah menafikan sepenuhnya sebarang hubungan rampasan kuasa dan menegaskan pergerakan beliau adalah sebuah organisasi secara aman.

Dikri semalam telah menutup 12 pertubuhan di seluruh negara termasuk tiga akhbar dan sebuah rangkaian televisyen.

Pejuang hak asasi termasuk Amnesty Internatio­nal telah mengecam tindakan sebagai keterlalua­n, namun Turki menyatakan ia adalah perlu bagi membuang campur tangan pergerakan Gulen terhadap badan-badan kerajaan.

Pada awal tahun ini, kerajaan menyatakan lebih dari 77,000 orang telah ditangkap bagi hubungan dinyatakan dengan Gulen. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia