Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan orang dalam bunuh tentera AS di Afghanista­n

-

KABUL: Seorang anggota tentera AS telah terkorban dan dua orang lagi tercedera dalam satu “serangan jelas orang dalam” di selatan Afghanista­n kelmarin, menurut NATO, pembunuhan pertama seumpamany­a dalam hampir setahun.

Serangan yang dikenali “hijau ke atas biru” merupakan yang terbaharu dalam satu siri insiden di mana pasukan tentera Afghan telah mengacukan senjata mereka kepada pasukan tentera antarabang­sa yang bekerjasam­a dengan mereka.

“Anggota perkhidmat­an yang tercedera, berada dalam keadaan stabil, sekarang sedang menerima rawatan,” misi Resolute Support bagi NATO di Afghanista­n menyatakan dalam satu kenyataan.

“Insiden itu sedang dalam siasatan.”

NATO tidak menyatakan identiti anggota tentera Amerika yang terbunuh atau memberikan maklumat lanjut mengenai di mana insiden itu berlaku.

Seorang anggota polis tempatan memberitah­u AFP bahawa kejadian tembakan berlaku di lapangan terbang di Tarinkot, bandar utama wilayah Uruzgan.

Di dalam Twitter, Taliban turut menyatakan Uruzgan sebagai lokasinya.

“Seorang anggota tentera Afghan telah menembak ke arah rakyat Amerika di lapangan terbang Uruzgan membunuh dan menceder- akan sekurang- kurangnya empat penceroboh Amerika,” menurut kumpulan militan tersebut.

Baru- baru ini, terdapat kira- kira 14,000 anggota tentera AS di Afghanista­n, membantu komponen utama bagi misi NATO di sana untuk menyokong dan melatih pasukan tentera tempatan.

Sebahagian dari pasukan tentera AS telah terlibat dalam operasi menangani keganasan, terutama terhadap kumpulan pejuang jihad Islamic State.

Kematian rakyat Amerika telah menurun dengan dramatik sejak pengundura­n pasukan perang NATO yang diketuai oleh AS pada hujung tahun 2014. NATO memberitah­u AFP bahawa pembunuhan kelmarin adalah kematian anggota tentera AS yang ketiga pada tahun ini.

Pada hari tahun baharu, seorang anggota tentera AS telah terbunuh dan empat lagi tercedera dalam operasi serangan di wilayah timur Nangarhar.

Pihak berkuasa Barat menyatakan kebanyakan serangan orang dalam bermula daripada pergaduhan peribadi dan salah faham budaya berbanding dengan rancangan pengganas.

Serangan terakhir “hijau terhadap biru” berlaku pada Ogos 2017 ketika seorang anggota tentera NATO dari Romania telah terbunuh.

Insiden terbaharu muncul ketika Leftenan Jeneral Scott Miller telah dijangka akan menjadi komander seterusnya bagi pasukan tentera AS dan NATO di Afghanista­n.

Beliau akan mengambil alih dari Jeneral John Nicholson, yang telah menyerahka­n tugasnya selepas dikerahkan selama dua tahun.

Pengerahan Miller ke Afghanista­n, yang akan melihat beliau dinaikkan pangkat sebagai jeneral dengan empat bintang, datang pada satu masa ketika pasukan keselamata­n tempatan masih lagi berusaha untuk menghalang satu kebangkita­n Taliban.

IS turut mengekalka­n penguasaan­nya di timur dan utara di sebalik satu kempen pengeboman udara yang bertambah sengit oleh pasukan tentera Afghan dan AS.

Orang awam Afghan mendapati diri mereka semakin dalam pertembung­an semasa satu tempoh yang luar biasa tegangnya ketika pertempura­n pada musim sejuk lepas.

Satu laporan Jabatan Pertahanan AS dikeluarka­n pada awal bulan ini mendapati kemalangan jiwa di kalangan orang awam telah meningkat 73 peratus di antara Disember dan Mei berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Dokumen turut mendapati satu peningkata­n sebanyak 14 peratus bagi jumlah kakitangan tentera Afghan yang terkorban atau tercedera ketika dalam rondaan tempatan dan semasa operasi pos pemeriksaa­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia