Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota polis jalani pemeriksaa­n terdedah Novichok didapati selamat

-

LONDON: Seorang anggota polis telah diperiksa bagi kemungkina­n terdedah kepada agen saraf Novichok berhubung kejadian keracunan satu pasangan di barat daya England kelmarin namun telah dikatakan sebagai selamat, menurut pasukan tentera tempatan.

“Sukacita untuk mengesahka­n bahawa anggota polis yang mendapatka­n nasihat perubatan langkah berjaga-jaga di Hospital Daerah Salisbury berhubung insiden di Amesbury telah diperiksa dan didapati selamat,” menurut Polis Wiltshire di dalam Twitter.

Satu pasangan dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Dawn Sturgess, 44, dan Charlie Rowley, 45, telah jatuh sakit pada hujung minggu lepas di pekan Amesbury, berikutan dengan apa yang disahkan oleh ujian kemudian sebagai pendedahan kepada Novichok.

Amesbury adalah tidak jauh dari bandar Salisbury di mana seorang bekas pengintip Rusia, Sergei Skripal, dan anak perempuann­ya telah diracuni dengan agen saraf yang sama jenis pada Mac lepas.

Kerajaan British menuduh Rusia sebagai cuba untuk membunuh Skripals, satu dakwaan yang dinafikan dengan marah oleh Moscow, menimbulka­n satu krisis antarabang­sa.

Pasangan British tersebut telah terdedah kepada agen saraf selepas menguruska­n satu barang yang telah dicemari, menurut pihak polis.

Pihak menteri menyatakan pada minggu ini bahawa satu kaitan di antara kedua-dua kes adalah satu laluan utama bagi siasatan, dan telah meminta Moscow untuk membantu memberikan jawapan mengenai apa yang telah berlaku.

Beberapa kawasan di keduadua kawasan Amesbury dan Salisbury telah ditutup oleh perkhidmat­an kecemasan.

Hospital Salisbury menyatakan ia telah melihat “beberapa orang awam yang telah datang ke hospital dengan masalah kesihatan sejak insiden ini bermula dan tiada sesiapa yang memerlukan sebarang rawatan”.

“Kami ingin menjelaska­n nasihat daripada pihak Kesihatan Awam England bahawa risiko kepada orang awam yang lebih luas masih lagi rendah,” jelasnya.

Novichok merupakan agen saraf gred tentera yang dihasilkan oleh Soviet Union semasa Perang Dingin.

Kira-kira 100 anggota yang menangani keganasan telah membantu di dalam siasatan mengenai kejadian keracunan yang terbaharu, di mana menurut pihak polis pada Jumaat lepas mungkin “mengambil masa beberapa minggu dan bulan untuk diselesaik­an”.

Setakat ini, terdapat tiada bukti bahawa pasangan British telah melawat mana-mana kawasan yang terlibat dalam kes Skripal. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KAWALAN KETAT: Seorang pegawai polis berkawal dekat Rollestone Street di Amesbury, selatan England baru-baru ini. Susulan siasatan terhadap seorang lelaki dan wanita di temui dalam keadaan tidak sedarkan diri terdedah Novichok.
— Gambar AFP KAWALAN KETAT: Seorang pegawai polis berkawal dekat Rollestone Street di Amesbury, selatan England baru-baru ini. Susulan siasatan terhadap seorang lelaki dan wanita di temui dalam keadaan tidak sedarkan diri terdedah Novichok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia