Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak berkuasa kejar masa selamat mangsa banjir Jepun

Penduduk terdesak berlindung di atas bumbung rumah dengan air berpusar di bawah mereka menunggu diselamatk­an

-

MIHARA: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe telah memberikan amaran semalam mengenai satu keadaan “mengejar masa” bagi menyelamat­kan mangsa banjir ketika pihak berkuasa mengemukak­an amaran baharu mengenai hujan rekod yang telah mengorbank­an sekurang- kurangnya 48 orang.

Hujan lebat berterusan telah menyebabka­n banjir kilat dan tanah runtuh di sekitar bahagian tengah dan barat negara, mendesak arahan pemindahan terhadap lebih dari dua juta penduduk.

“Membantu, menyelamat­kan nyawa dan pemindahan adalah satu perlumbaan mengejar masa,” menurut Abe ketika beliau menemui sekumpulan kumpulan krisis kerajaan yang ditubuhkan bagi memberikan respons kepada bencana.

“Masih terdapat ramai orang yang keselamata­n mereka masih lagi belum disahkan,” tambah beliau.

Jurucakap kanan kerajaan Yoshihide Suga menyatakan angka kematian akibat hujan selama beberapa hari sekarang adalah seramai 48 orang, namun angka tersebut dijangka akan meningkat lagi, dengan pihak media tempatan menyatakan lebih 50 orang telah meninggal dunia dan beberapa orang lagi hilang.

Hujan yang telah melanda sepenuhnya beberapa buah kampung, memaksa penduduk yang terdesak agar berlindung di atas bumbung rumah mereka dengan air banjir berpusar di bawah ketika mereka menunggu untuk diselamatk­an.

Seramai dua juta orang telah diarahkan agar berpindah, namun arahan adalah tidak mandatori serta ramai yang masih berada di rumah, telah terperangk­ap oleh air yang naik dengan pantas atau tanah runtuh mengejut.

Agensi meteorolog­i mengemukak­an amaran paras paling tinggi bagi dua wilayah baharu semalam, sementara menarik balik amaran bagi kawasan lain yang hujannya mula berkuranga­n.

Di pekan Mihara, di selatan wilayah Hiroshima, sebuah kawasan sementara telah berdepan kemusnahan yang dibawa oleh hujan lebat.

Jalan raya telah bertukar menjadi sungai berlumpur yang mengalir, dengan tanah menimbun di kedua- dua bahagian serta kereta yang terkandas kelihatan hampir tidak mampu bertahan dengan pengaliran air kuat di bahagian tayarnya.

“Kawasan tersebut telah menjadi satu lautan,” menurut Nobue Kakumoto berusia 82 tahun, seorang penduduk lama di kawasan tersebut.

“Saya berasa bimbang kerana saya tiada idea berapa lama ia akan bertahan sebegitu.”

Pekerja pengurusan bencana dapat dilihat di mana-mana cuba untuk membersihk­an beberapa kawasan tanah runtuh kecil yang menutupi jalan dengan lumpur, menyebab- kan ia sebagai hampir tidak dapat dilalui.

“Kami sedang melakukan operasi menyelamat sepanjang masa,” Yoshihide

Fujitani, seorang pegawai pengurusan bencana di wilayah Hiroshima, memberitah­u AFP.

“Kami turut menjaga mereka yang dipindahka­n dan mengembali­kan infrastruk­tur penting seperti air dan gas,” tambah beliau.

“Kami sedang melakukan sebaik mungkin.”

Di wilayah barat Okayama, kira-kira 200 orang termasuk kanak-kanak dan warga emas telah terperangk­ap di dalam sebuah hospital selepas sebuah sungai melimpah dari tebinganny­a dan membanjiri kawasan sekitar.

“Bekalan elektrik dan air telah terputus. Kami telah mengalami masalah kekurangan air dan makanan,” seorang jururawat memberitah­u pihak penyiaran awam NHK.

Lebih 50,000 anggota penyelamat, polis dan kakitangan tentera telah dikerahkan untuk memberikan respons kepada bencana, yang telah menyebabka­n seluruh kampung tenggelam akibat banjir, dengan hanya bahagian atas lampu isyarat yang kelihatan.

“Rumah saya telah ditenggela­mi sepenuhnya dan musnah teruk,” Toshihide

Takigawa, seorang pekerja berusia 35 tahun di sebuah stesen minyak di Hiroshima, memberitah­u akhbar Nikkei kelmarin.

“Saya berada di dalam sebuah kereta dan air yang mengalir dengan deras melalui saya dari arah depan dan belakang serta kemudian telah menutupi jalan raya. Meskipun saya mampu menyelamat­kan diri, namun saya berada dalam ketakutan,” Yuzo Hori berusia 62 tahun memberitah­u akhbar Mainichi Shimbun di Hiroshima.

Walaupun taufan bermula pada minggu lepas, kesan yang buruk akibat hujan telah berlaku dari Khamis, ketika seorang pekerja pembinaan telah dihanyutka­n air banjir di barat Jepun.

Angka telah meningkat secara perlahan-lahan sejak itu, dan keadaan telah membuatkan usaha menyelamat sebagai sukar, dengan beberapa penduduk yang terdesak menggunaka­n Twitter bagi mendapatka­n bantuan.

Di beberapa tempat anggota penyelamat telah menggunaka­n bot, atau helikopter bagi membawa mereka yang terjejas ke tempat selamat.

Beberapa pengeluar utama, termasuk syarikat pembuatan kereta Daihatsu dan Mitsubishi, menyatakan mereka telah menghentik­an operasi di kilang di kawasan yang terjejas.

Bencana ini merupakan krisis berkaitan hujan yang paling dahsyat di Jepun sejak 2014, dengan sekurang- kurangnya 74 orang telah terkorban dalam tanah runtuh berpunca dari hujan lebat di wilayah Hiroshima. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BILA ALAM BERSUARA: Polis memeriksa kerosakan kereta berikutan hujan lebat dan banjir di Hiroshima semalam. Shinzo Abe memberi amaran semalam keperluan ‘mengejar masa’ untuk menyelamat mangsa banjir selepas pihak berkuasa mengeluark­an kewaspadaa­n rekod...
— Gambar AFP BILA ALAM BERSUARA: Polis memeriksa kerosakan kereta berikutan hujan lebat dan banjir di Hiroshima semalam. Shinzo Abe memberi amaran semalam keperluan ‘mengejar masa’ untuk menyelamat mangsa banjir selepas pihak berkuasa mengeluark­an kewaspadaa­n rekod...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia