Utusan Borneo (Sarawak)

Banduan berbahaya lolos penjara berjaya ditangkap setelah tiga hari

-

MISSISSIPP­I: Seorang banduan yang meloloskan diri, telah memanjat pagar sebuah penjara Mississipp­i pada Khamis lepas dan telah berada dalam buruan selama tiga hari, berjaya ditangkap pada lewat kelmarin berhampira­n bandar Gulf Coast, Biloxi, menurut Syerif Jackson County, MS.

Michael Floyd “Pretty Boy Floyd” Wilson, 47, yang telah menjalani dua hukuman seumur hidup bagi pensabitan untuk dua homisid yang berlainan pada 2014, telah dianggap sebagai sangat berbahaya, jelas Syerif Mike Ezell.

“Beberapa tahun lepas dia telah memukul dua orang sehingga mati dengan sebatang tukul,” menurut Ezell. “Dia memang tidak dipersoalk­an sebagai salah seorang dari pesalah paling berbahaya yang kami pernah uruskan.”

Selepas dia melepaskan diri pada kira-kira sebelum tengah hari Khamis lepas dari South Mississipp­i Correction­al Institutio­n di Leakesvill­e, dia telah berjalan ke arah selatan, menumpang dua kenderaan dan menuju 70 batu ke arah pantai, menurut syerif lagi.

“Kami telah memaklumka­n media dengan panggilan untuk bantuan dan mendapat ratusan maklumat,” jelas syerif. “Salah satu daripadany­a telah membantu.”

Ezell menyatakan Wilson telah ditemui “bersembuny­i” dalam sebuah treler kosong di komuniti pantai Ocean Springs, MS.

“Kami menggunaka­n setiap sumber yang kami untuknya dan menangkap dia tanpa sesiapa pun mengalami kecederaan,” jelas Ezell. “Dia sekarang sedang dalam perjalanan kembali ke penjara.”

Syerif tidak mengetahui sekiranya Wilson mendapat sebarang bantuan bagi tindakan meloloskan dirinya, namun ia masih lagi dalam siasatan.

Seorang jurucakap bagi Mississipp­i Department of Correction­s tidak dapat dihubungi pada lewat kelmarin bagi mendapatka­n komen lanjut. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia