Utusan Borneo (Sarawak)

PTKL dijangka didagang dalam jajaran kecil

-

KUALA LUMPUR: Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka diniagakan bercampur-campur minggu ini antara AS$ 19,300 dan AS$19,500 setan berikutan permintaan yang lemah terhadap logam berkenaan, kata seorang peniaga.

Katanya, harga timah dijangka dipengaruh­i oleh prestasi logam berkenaan di penanda aras Bursa Logam London (LME) yang juga menerima isyarat daripada komoditi berasaskan logam lain seperti zink, nikel dan tembaga.

Tembaga London berada dalam kecenderun­gan menurun minggu sebelumnya, berikutan perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan China menjelang tarikh akhir pelaksanaa­n tarif AS terhadap AS$34 bilion nilai barangan dari China.

China berikrar untuk bertindak balas terhadap persengket­aan perdaganga­n ini, dan ia dijangka meningkatk­an permintaan terhadap logam perindustr­ian untuk masa hadapan, katanya.

“Di pasaran tempatan, harga PTKL dijangka menyaksika­n lantunan teknikal pada awal minggu berikutan kejatuhan mendadak pada Jumaat, tetapi akan berada pada aliran menurun menjelang penghujung minggu selaras pergerakan harga logam LME,” katanya kepada Bernama.

Asas Jumaat ke Jumaat, harga KLTM susut sebanyak AS$330 kepada AS$19,370 setan, kerana kebimbanga­n terhadap perang perdaganga­n global yang meningkat mengekang permintaan terhadap logam berkenaan, manakala jumlah dagangan untuk minggu berkenaan meningkat kepada 179 tan daripada 178 tan.

Harga timah di LME susut AS$175 kepada AS$19,450 setan.

Perbezaan harga antara PTKL dan LME bagi minggu yang baharu berakhir adalah diskaun AS$80 setan daripada premium AS$75 minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia