Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit diniagakan pada 4.02-4.05 berbanding dolar AS

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan antara 4.02 dan 4.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini selepas pertelingk­ahan tarif AS-China bermula pada Jumaat, ditambah dengan AS berkemungk­inan meningkatk­an kadar faedah tahun ini.

Ketua Global Strategi Mata Wang dan Penyelidik Pasaran FXTM, Jameel Ahmad, berkata pasaran kewangan yang baharu muncul termasuk ringgit, menghadapi ancaman untuk terus kehilangan arah berikutan suasana berhatihat­i yang berpanjang­an.

“Ini mendedahka­n ringgit kepada lebih banyak penyusutan berikutan tidak menarik minat dan ringgit mungkin terus susut ke paras 4.05,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Dagangan Asia Pasifik Oanda, Stephen Innes, menjangka ringgit-dolar AS diniagakan ke arah neutral minggu ini, dalam lingkungan 4.02-4.05, disokong oleh pasaran bon tempatan yang diniagakan neutral minggu sebelumnya.

“Rasanya pasaran seperti akan bangkit daripada kelemahan dua bulan,” katanya.

Bagaimanap­un, Innes berkata, pasaran juga menanti lebih banyak arah pasaran daripada mesyuarat Jawatankua­sa Polisi Kewangan (MPC) Bank Negara Malaysia pada 11 Julai 2018, yang mana katanya, boleh mengarah kepada cenderung untuk menurunkan kadar faedah.

“MPC yang cenderung menurunkan kadar faedah, bersama dolar AS yang kukuh akan membuatkan dagangan dolar AS-ringgit defensif lagi minggu depan (minggu ini).

“Bagaimanap­an, pasangan mata wang ini akan menerima tekanan untuk keluar dari tahap 4.05,” tambahnya.

Untuk minggu yang baharu berakhir, ringgit diniagakan antara 4.0350 dan 4.0470 berbanding dolar AS, yang mana rata-rata dipengaruh­i oleh pertelingk­ahan perdaganga­n AS- China, selain penyiaran minit mesyuarat Rezab Persekutua­n AS dan data penggajian bukan ladang AS.

Asas Jumaat ke Jumaat, ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS pada 4.0380/0420 daripada 4.0380/0410.

Ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9672/ 9712 berbanding 2.9624/ 9650 Jumaat lepas dan susut berbanding yen kepada 3.6497/6536 daripada 3.6487/6524.

Ringgit susut berbanding pound kepada 5.3419/3476 daripada 5.3092/ 3147 dan susut berbanding euro kepada 4.7277/7340 daripada 4.7043/7082. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia