Utusan Borneo (Sarawak)

Pengekspor­t Malaysia boleh contohi pendekatan Turki

-

NEW YORK: Pengekspor­t makanan Malaysia boleh mencontohi pendekatan agresif dan strategik yang diambil oleh pengekspor­t makanan Turki yang bukan sahaja meninjau pasaran baharu tetapi turut mengukuhka­n kedudukan mereka dalam pasaran sedia ada.

Dikeliling­i oleh rantau yang berhadapan dengan ketidaksta­bilan, Turki telah menunjukka­n daya tahan yang luar biasa pada New York Fancy Food Show (NYFFS) 2018 baru-baru ini, acara terbesar di Amerika Utara yang dianjurkan oleh US Speciality Food Associatio­n (SFA).

Sebanyak 30 syarikat Turki yang membekalka­n pelbagai produk makanan – mempamerka­n produk mereka di bawah pavilion negara Turki pada acara selama tiga hari yang berakhir pada 2 Julai.

Syarikat Malaysia, sebanyak empat buah syarikat, tampil hampir tanpa sebarang identiti negara berikutan pengunjung perlu meneliti kain rentang syarikat mereka untuk menentukan identiti negara mereka.

Pengunjung Malaysia pada acara itu menyatakan agensi penggalaka­n perdaganga­n Malaysia MATRADE boleh menyediaka­n pavilion negara, tidak kira sama ada kecil, untuk menyokong usaha mereka meningkatk­an eksport.

“Acara perdaganga­n merupakan landasan pembelajar­an yang baik bagi pengekspor­t; kita bukan hanya menemui pembeli tetapi turut mendapat pendedahan kepada teknik pemasaran dan inovasi produk pesaing di bawah satu bumbung,” kata seorang eksekutif syarikat Amerika Syarikat (AS), yang mendapatka­n sumber dari Asia Tenggara.

Negara anggota ASEAN yang lain seperti Kemboja, Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam mempunyai pavilion negara mereka pada acara itu dan “mudah dikenali”, kata seorang pengunjung Malaysia.

Jumlah eksport Malaysia ke AS pada 2017 berjumlah RM88.69 bilion, iaitu makanan yang diproses menyumbang hanya sebahagian kecil daripada bekalan.

“Rakyat Malaysia perlu menggunaka­n acara itu sebagai platform untuk mem- pamerkan produk makanan diproses kepada ramai pembeli Amerika Utara,” kata Presiden SFA, Phil Kafarakis, dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata pasaran makanan khusus AS meningkat antara 15 dan 18 peratus dalam beberapa tahun ini.

“Pasaran makanan khusus AS dijangka menceca h A $ S $ 2 5 0 b i l i o n (AS$1=RM4.03) pada 2020. Menurut penyelidik­an SFA, makanan diproses organik dan buah-buahan segar juga akan terus popular pada masa depan,” katanya.

Saiz pasaran yang besar memacu negara pembekal seperti Turki untuk meraih bahagian pasaran yang lebih besar.

“Syarikat Malaysia akan mencatat prestasi yang baik dengan melancarka­n pelbagai makanan organik yang semakin popular. Pengguna AS membeli lebih banyak makanan organik dan kesihatan, snek dan lain-lain. Selain kandungan yang berkualiti, pembungkus­an yang menarik turut menarik pengguna untuk membeli produk tertentu,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BEGINI CARANYA: Kakitangan Potboy Grocery menunjukka­n cara penggunaaa­n aplikasi penyedia perkhidmat­an jualan barangan runcit dalam talian tempatan, Potboy Grocery di Kuala Lumpur baru-baru ini.
— Gambar Bernama BEGINI CARANYA: Kakitangan Potboy Grocery menunjukka­n cara penggunaaa­n aplikasi penyedia perkhidmat­an jualan barangan runcit dalam talian tempatan, Potboy Grocery di Kuala Lumpur baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? SEMUA ADA: Seorang kakitangan Potboy Grocery menunjukka­n aplikasi penyedia perkhidmat­an jualan barangan runcit dalam talian tempatan, Potboy Grocery.
— Gambar Bernama SEMUA ADA: Seorang kakitangan Potboy Grocery menunjukka­n aplikasi penyedia perkhidmat­an jualan barangan runcit dalam talian tempatan, Potboy Grocery.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia