Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat menumpukan kepada hubungan dua hala Malaysia-China

-

HANGZHOU: Kajian semula projek berkaitan China di Malaysia tidak menjejaska­n pelan syarikat gergasi e-dagang, Alibaba Group untuk terus meningkatk­an pelaburan di Malaysia.

Ketua Perwakilan Alibaba Group Malaysia James Song berkata sebagai sebuah syarikat komersial, ia akan melabur banyak di Malaysia, menegaskan kumpulan itu menumpukan kepada hubungan dua hala Malaysia-China.

“Kami amat positif mengenai hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan pada masa sama kami amat yakin dengan masa depan Malaysia.

“Kami yakin dengan projek kami di Malaysia dan tiada halangan, kami akan terus melabur di Malaysia, kami tidak pernah mengubah komitmen kami kepada rakyat tempatan dan kami akan terus berbuat demikian,” katanya kepada pemberita pada Lawatan Media Alibaba Group di sini baru-baru ini.

Song berkata Pengasas Bersama dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group Jack Ma telah mengunjung­i Malaysia baru-baru ini dan berpeluang berbincang dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa menteri, termasuk kewangan dan komunikasi.

“Apa yang kami lihat dan apa yang kami dengar membuktika­n tiada salahnya antara kedua-dua negara, berikutan terdapat juga banyak syarikat lain yang bimbang mengenai hubungan dua hala MalaysiaCh­ina, tetapi bagi kami tiada tanda-tanda negatif antara kedua-dua negara,” kata Song.

Dilaporkan sebelum ini Malaysia Rail Link Sdn Bhd telah memaklumka­n kepada China Communicat­ions Constructi­on Company (CCCC), kontraktor projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), untuk menggantun­g kerja di projek kereta api sepanjang 688.3 km itu dengan alasan kepentinga­n negara.

Penggantun­gan itu dibuat sehari selepas Kementeria­n Kewangan mendedahka­n bahawa kos akhir projek ECRL adalah RM81 bilion dan CCCC perlu mengurangk­an kos pembinaan untuk menjadikan­nya berdaya maju dari segi kewangan.

Projek tersebut telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu pada 21 Okt, 2016 manakala perjanjian Kejurutera­aan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliah­an telah ditandatan­gani dengan CCCC pada 1 Nov, tahun yang sama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia