Utusan Borneo (Sarawak)

Yee: Faktor luaran wujudkan ketidakten­tuan dalam pasaran

-

KUALA LUMPUR: Faktor luaran semasa akan terus mempengaru­hi pasaran ekuiti serantau termasuk Malaysia, mewujudkan ketidakten­tuan dan menyebabka­n pengurus dana tidak memasuki pasaran.

Ketua Penganalis­is Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee berkata aliran keluar asing melebihi RM10 bilion dalam tempoh Mei- Jun, dengan pasaran selepas pilihan raya umum mencatatka­n jualan asing bersih hampir RM7 bilion setakat ini.

Dari segi perbanding­an, negara mencatatka­n aliran masuk asing bersih sebanyak RM10.25 bilion ke dalam ekuiti pada 2017.

“Bagi minggu ini sahaja, jualan bersih mencecah RM310.7 juta ( hingga Khamis) dan kami menjangka dana ini akan terus mencatat jualan dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama.

Yee berkata pertikaian perdaganga­n yang berterusan antara Amerika Syarikat dan China dijangka menjadi faktor utama yang menyumbang kepada trend itu.

Pada Jumaat, indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah kepada 1,663.86 daripada 1,690.95 pada Khamis, susut 26.79 mata.

Beliau berkata Malaysia dilihat sebagai destinasi selamat di rantau ini, dengan pasaran disokong oleh empat syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang utama, iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Permodalan Nasional Bhd, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) dan Lembaga Tabung Haji.

“Jumlah saiz dana yang diuruskan oleh empat GLIC itu melebihi RM1.2 trilion, tidak termasuk daripada dana kekayaan negara, Khazanah Nasional Bhd dan anak syarikatny­a, ValueCAP Sdn Bhd,” katanya.

Beliau turut percaya dana asing dijangka mengambil peluang daripada penyusutan ringgit, yang merosot kepada RM4.04 berbanding dolar AS daripada paras tertinggi tahun ini pada RM3.86.

“Saham mewah berkaitan indeks seperti Telekom Malaysia, Maybank, KLK dan Genting berada pada kedudukan yang baik berikutan ia diniagakan pada paras yang menarik,” kata Yee, sambil menambah pelabur boleh me- lihat semula saham bermodal kecil seperti Econpile, GFM, Kelington dan Mi Equipment apabila mudah tunai pasaran pulih.

Bagaimanap­un, beliau mengingatk­an AS kekal sebagai pusat pasaran ekuiti global, mewujudkan kegelisaha­n mengenai isu berkaitan ketegangan perdaganga­n atau kenaikan kadar faedahnya.

Yee turut menafikan spekulasi bahawa penahanan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjejaska­n keyakinan pelabur asing dalam pasaran saham tempatan.

Rabu lepas, Najib menjadi tajuk utama akhbar tempatan dan asing sebagai bekas Perdana Menteri pertama negara ini didakwa di mahkamah, dengan tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgu­na jawatannya berhubung dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata sentimen ekuiti global terus terjejas disebabkan kebimbanga­n mengenai ketegangan perdaganga­n antara dua ekonomi terbesar dunia dan kemungkina­n pusingan kedua untuk mengenakan tarif.

“Pada bila-bila masa sekarang, mereka akan melaksanak­an pusingan kedua mengenakan tarif bernilai AS$50 bilion,” katanya.

AS mula mengenakan tarif baharu sebanyak AS$34 bilion ke atas import China, dan Beijing membalas dengan kadar tarif yang ditetapkan­nya ke atas barangan AS, jumlah yang sama seperti dilakukan Washington.

Ketua Pegawai Ekonomi dan Ketua Penyelidik­an RHB Banking Group, Dr Arup Raha, berkata pembeli domestik dilihat mengeluark­an saham yang dijual oleh dana asing dan tidak begitu berminat untuk terlalu agresif.

“Pelabur dijangka mengelak mengambil risiko dengan keadaan monetari yang ketat di peringkat global, justeru aliran keluar pasaran sedang pesat membangun dijangka tidak berubah dalam tempoh terdekat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia