Utusan Borneo (Sarawak)

Pengalaman menarik pada jualan runcit 020 Potboy

-

KUALA LUMPUR: Selesa, harga lebih baik dan mudah antara tarikan yang diberikan oleh pelanggan apabila mereka menyertai jualan runcit secara dalam sehingga luar talian (O2O) Potboy Groceries, yang pertama seumpamany­a di Malaysia.

Jualan selama tiga hari, mulai 6 Julai diadakan di P2, pusat beli-belah Jaya One di Petaling Jaya dari jam 10 pagi hingga 10 malam, dianjurkan oleh peruncit dalam talian, Potboy Groceries dengan kerjasama platform pembayaran mudah alih, FavePay. Acara itu bertujuan membawa pelanggan dalam talian kepada runcit luar talian.

Antara peserta, Tan Chun Jin, 32, yang menggunaka­n platform beli-belah dalam talian Potboy untuk kali kedua, berkongsi pengalaman beliau, dengan menyatakan setiap transaksi yang dibuat berjalan lancar berikutan platform tersebut mesra pengguna.

“Saya mula mengetahui mengenai platform ini melalui Facebook. Selepas membuat sedikit penyelidik­an mengenai Potboy, saya terkejut dengan harga yang ditawarkan, iaitu lebih murah daripada kedai runcit lain.

“Apabila saya mengetahui mereka mengadakan acara ini, menawarkan diskaun sehingga 75 peratus dan pembayaran tanpa tunai, saya menyertain­ya...dan seperti dijangka, semuanya berjalan lancar,” katanya.

Cheaw Wen Cheng, 32, yang bekerja berhampira­n kawasan acara itu, berkata kaedah pembayaran merupakan elemen yang menarik perhatian beliau.

“Ternyata, FavePay merupakan aplikasi e-dompet pertama yang saya muat turun dan daftar. Biasanya, apabila saya membeli-belah, saya membayar menggunaka­n kad kredit. Tetapi kali ini, apa salahnya mencuba sesuatu yang saya tidak pernah cuba sebelum ini.

“Ia menarik. Saya fikir kita perlu menggunaka­n pembayaran e-dompet dengan segera memandangk­an kita berada dalam era moden dan semua orang memiliki telefon pintar... ia lebih mudah,” katanya.

Bagaimanap­un, Cheaw berharap kerajaan dan agensi lain akan meneliti kaedah untuk melindungi privasi dan keselamata­n pengguna.

Bagi Rosni Afandi dari Kuala Lumpur, yang tidak pernah membeli-belah dalam talian sebelum ini, berkata beliau berpuas hati dengan kru acara itu yang mesra dan sabar membantuny­a.

“Ia merupakan pengalaman menarik bagi saya yang kali pertama menggunaka­nnya. Memandangk­an harganya murah, sudah tentu saya tidak mahu melepaskan peluang untuk membeli banyak barangan keperluan harian.

“Apa yang paling menarik, saya tidak perlu risau untuk membawa semua barang yang banyak itu ke kereta kerana Potboy menawarkan perkhidmat­an penghantar­an secara percuma ke rumah saya.

“Saya selalu fikir membeli-belah secara dalam talian adalah sesuatu yang susah, tetapi sebenarnya amat mudah. Hanya dengan satu klik, malah aplikasi perbanding­an harga bagi barangan keperluan harian dalam talian yang diperkenal­kan mereka, iaitu ‘Hargapedia’, membantu saya membanding­kan dan menyelidik­i harga dan produk,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Bersama PB Grocery Group Sdn Bhd, Eddie Chew berkata kekangan membeli- belah dalam talian kini diatasi menerusi pengalaman secara fizikal untuk melihat sendiri barangan keperluan harian melalui acara di O2O.

“Kami gembira apabila kebanyakan peniaga di sini sangat menyokong idea untuk berada secara dalam talian, tanpa tunai dan memberi tawaran kepada komuniti dengan memahami keperluan mereka.

“Acara ini juga berperanan sebagai platform pendidikan untuk rakyat Malaysia, mengenai transaksi tanpa tunai dan e-pembayaran sebagai kaedah membeli-belah alternatif,” katanya.

Chew berkata acara O2O menawarkan tiga kaedah berbeza bagi pengalaman membeli-belah.

“Pelanggan boleh menebus item yang mereka telah beli secara dalam talian pada acara itu atau mereka boleh membeli selepas melihat sendiri produk itu, atau/dan daripada membawa barangan keperluan harian yang telah dibeli ke kenderaan mereka, kami menawarkan penghantar­an percuma tanpa pembelian minimum ke rumah mereka,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 300 beg cenderamat­a akan diberikan kepada pelanggan terawal setiap hari.

Sebanyak 40 jenama terkenal, antaranya Coca-cola, Nestle, F& N, Hershey’s, Homesoy, Brand’s, Jasmine, MamyPoko, dan jenama isi rumah lain menyertai acara itu yang menawarkan diskaun sehingga 75 peratus, katanya.

Potboy Groceries, ditubuhkan pada 2016 di Malaysia, dimiliki dan diuruskan oleh PB Grocery Group.

Potboy Groceries kini berpangkal­an di Lembah Klang juga merupakan pengendali runcit dipercayai Suria KLCC, Astro, Getha, Sumbertech Ventures dan lainlain. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LEBIH MURAH: Seorang pelanggan menuntut barangan yang dibelinya dengan menggunaka­n penyedia perkhidmat­an jualan barangan runcit dalam talian tempatan, Potboy Grocery di Kuala Lumpur baru-baru ini. Chew berkata seramai 18,000 pengunjung dalam dan luar...
— Gambar Bernama LEBIH MURAH: Seorang pelanggan menuntut barangan yang dibelinya dengan menggunaka­n penyedia perkhidmat­an jualan barangan runcit dalam talian tempatan, Potboy Grocery di Kuala Lumpur baru-baru ini. Chew berkata seramai 18,000 pengunjung dalam dan luar...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia