Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta yang dipandu wanita turut melanggar van dan dua kereta lain

-

TAWAU: Empat lelaki maut dan seorang lagi patah kaki kiri selepas dirempuh sebuah kereta Vios, ketika melepak di kawasan parkir Pusat Komersil BDC (1Arena) di Jalan Chong Thien Vun di sini, awal pagi semalam, menurut polis.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, kereta dipandu wanita berusia 34 tahun itu turut melanggar sebuah van Toyota Hiace serta dua kereta iaitu Perodua Bezza dan Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kecuaian wanita terbabit yang memandu dalam keadaan mabuk dan gagal mengawal keretanya sehingga terbabas yang turut cedera dalam kejadian itu.

“Kemalangan ini dipercayai berlaku semasa kereta dipandu wanita itu dalam perjalanan dari bandar Tawau hendak ke Jalan Tiku, namun apabila sampai di Jalan Chong Thien Vun iaitu selepas bulatan Kubota, Vios tersebut hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentang­an seterusnya melanggar tiga kenderaan lain serta beberapa orang yang sedang melepak,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Fadil berkata empat mangsa maut dikenali sebagai Hiew Nyuk Wei, 30, Clawence Wong Vun Kit, 21, Dicson Lim Kien Shing, 16, dan Chong Wei Chan,21 manakala mangsa patah kaki ialah Chin Guan Xiong,21.

Beliau berkata semua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat manakala dua yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan. — Bernama

 ??  ?? KAJI PROJEK: Jaujan (kiri) bersama ADUN Sugut Datuk James Ratib, Ketua WARISAN Bahagian Beluran Aspah Abdul Sanih (tiga kiri) serta pegawai-pegawai kerajaan bergambar sebelum mendengar taklimat Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beluran Harun Ariffin.
KAJI PROJEK: Jaujan (kiri) bersama ADUN Sugut Datuk James Ratib, Ketua WARISAN Bahagian Beluran Aspah Abdul Sanih (tiga kiri) serta pegawai-pegawai kerajaan bergambar sebelum mendengar taklimat Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beluran Harun Ariffin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia