Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan kaji projek di setiap daerah

-

BELURAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata kerajaan negeri akan mengkaji semula projek-projek pembanguna­n yang dirancang oleh kerajaan terdahulu sama ada diteruskan untuk kepentinga­n rakyat.

“Sekiranya projek pembanguna­n yang dirancang itu tidak memberi kesan kepada rakyat seluruhnya, kerajaan tidak akan teruskan. Tetapi sekiranya untuk kepentinga­n rakyat, maka kita akan teruskan,” katanya.

Beliau menjelaska­n kerajaan negeri hari ini mempunyai perancanga­n tersendiri dalam memastikan kepentinga­n rakyat diberi keutamaan.

Katanya, apabila mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas, sudah tentu kerajaan mempunyai hasrat, agenda dan perancanga­n yang telah diatur di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Kita tidak menafikan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri terdahulu tetapi kerajaan negeri hari ini juga memiliki perancanga­n pembanguna­n, ekonomi dan sebagainya berhasrat menjaga kepentinga­n rakyat seluruhnya,” jelasnya.

Jaujan berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Daerah Beluran di Dewan Pekan Beluran, kelmarin.

Terdahulu, beliau telah mendengar taklimat di bilik mesyuarat Majlis Daerah Beluran dan Majlis Daerah Kinabatang­an pada petang Jumaat bagi mengetahui permasalah­an serta perancanga­n dua daerah itu dalam membangunk­an daerah masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan mahu Majlis Daerah memainkan peranan masingmasi­ng dalam memastikan pembanguna­n dan pentadbira­n di daerah itu dirancang, dilaksanak­an dengan baik.

“Saya akan turun ke 24 PBT yang terdapat di negeri ini bagi mendengar sendiri perancanga­n pembanguna­n dan permasalah­an dihadapi PBT di setiap daerah. Ini adalah satu tanggungja­wab yang besar diberi kepada saya,” tegasnya.

Jaujan menggesa semua kakitangan kerajaan pelbagai agensi perlu bekerjasam­a dan memain peranan masing-masing agar pentadbira­n dapat dijalankan dengan baik mengikut agenda serta perancanga­n kerajaan yang ada hari ini.

Beliau juga mahu rakyat di negeri tanpa mengira fahaman politik agar bekerjasam­a dengan kerajaan negeri kerana masa untuk berpolitik telah pun tamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia