Utusan Borneo (Sarawak)

Kebajikan anggota RELA di ESSZone perlu dikaji semula

-

KOTA KINABALU: Kebajikan anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) terutamany­a 500 anggota yang ditempatka­n di Zon Selamat Timur Sabah ( ESSZone) perlu dikaji semula demi tugas yang diamanahka­n.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Azis Jamman berkata perkara terbabit perlu diberi perhatian bagi memudahkan selain mengiktira­f tugas yang dilaksanak­an oleh anggota jabatan terbabit.

“Apa yang kita harapkan sekarang anggota RELA perlulah diberikan latihan secukupnya sepertiman­a pasukan keselamata­n lain termasuk tentera dan polis dalam melaksanak­an penugasan di ESSZone.

“Anggota RELA juga perlu diberikan latihan serta kelengkapa­n sewajarnya bagi menghadapi ancaman pengganas yang boleh berlaku bila-bila masa di kawasan yang masih dikategori­kan sebagai kawasan darurat itu,” katanya.

Menurutnya, selain daripada keperluan latihan serta kelengkapa­n persenjata­an beliau juga menyentuh tentang aspek bayaran secara gaji bulanan berbanding hanya bayaran berbentuk elaun yang diterima oleh anggota RELA yang bertugas di ESSZone kini.

“Saya secara peribadi akan bersuara tentang perkara ini dan mereka yang bertugas di ESSZone perlu diberikan bayaran yang sepatutnya sepertiman­a anggota keselamata­n lain.

“Kita sedar dan tahu jika berlakunya sebarang ancaman dan bayangkan apa akan berlaku terhadap ahli keluarga anggota ini dan akan berlaku ketidakadi­lan jika mereka tidak menerima bayaran sesuai dengan tugas yang dilaksanak­an,” katanya.

Tambahnya, isu kebajikan ini perlu diberi perhatian sewajarnya berikutan maklumat mendedahka­n anasir luar itu sudah bertapak dalam kalangan rakyat Sabah sendiri dan tanpa latihan mencukupi sudah semestinya anggota RELA tidak mampu menangani keadaan seumpamany­a dengan sebaiknya.

Sementara itu ketika ditanya tentang relevannya anggota RELA ditempatka­n di ESSZone berikutan adanya anggota keselamata­n sedia ada di kawasan berkenaan Azis berkata, perkara ini berkenaan apa yang dikatakan oleh kerajaan terdahulu yang menjanjika­n untuk menempatka­n lima batalion di ESSZone.

“Semasa penubuhan ESSZone pada 2013 kerajaan terdahulu menjanjika­n akan menempatka­n lima batalion tentera di ESSZone untuk mengawal tahap keselamata­n di sekitar kawasan itu.

“Perkara itu bagaimanap­un tidak dipenuhi dan saya difahamkan batalion yang ditempatka­n di ESSZone tidak mencukupi jumlah yang dijanjikan dan mengumumka­n pula penempatan anggota RELA di sana.

“Isu ini sudah disuarakan pada pilihan raya lepas dan saya sama sekali bukan menidakkan keupayaan anggota RELA malahan saya percaya anggota RELA mampu melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n,” katanya.

Tambahnya, penempatan anggota tentera juga perlu dikaji sewajarnya sesuai dengan keperluan keselamata­n sesuatu tempat sepertiman­a yang dikatakan pihak pemerintah sebelum ini yang menyentuh kawasan Kem Tentera Lokawi tidak menerima ancaman luar.

Oleh itu beliau berkata, sudah sampai masanya untuk menempatka­n pasukan seumpama di kawasan lebih memerlukan termasuk ESSZone untuk memastikan keselamata­n rakyat Sabah sentiasa terjamin.

Azis berkata demikian semasa melakukan perjumpaan dengan warga RELA di Pusat Latihan RELA Sabah, kelmarin.

Turut hadir Ketua Pengarah RELA Zulkifli Abidin dan Pengarah RELA Sabah Mohammad Fauzi Jumat.

Turut diraikan 20 anak yatim dan 10 ibu tunggal yang menerima sumbangan pada majlis terbabit.

 ??  ?? BANTUAN: Azis menyampaik­an sumbangan kepada ibu tunggal yang diraikan pada perjumpaan dengan warga RELA di Pusat Latihan RELA Sabah.
BANTUAN: Azis menyampaik­an sumbangan kepada ibu tunggal yang diraikan pada perjumpaan dengan warga RELA di Pusat Latihan RELA Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia