Utusan Borneo (Sarawak)

SJK (C) CHUNG HUA UNDOP ANJUR PROGRAM PERMUAFAKA­TAN GAWAI, AIDILFITRI •

-

SATU program permuafaka­tan sempena sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Chung Hua Undop, Sri Aman, baru-baru ini.

Pelbagai acara disediakan termasuk pertanding­an ‘catwalk’ memperagak­an pakaian tradisi yang diperbuat daripada bahan terbuang.

Turut memeriahka­n lagi majlis itu ialah kehadiran Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis.

Berucap pada majlis itu, Francis menggesa pihak pengurusan sekolah supaya terus bekerjasam­a rapat dengan ibu bapa dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna.

“Kerjasama antara pihak pengurusan sekolah terutama para guru dengan ibu bapa amat penting untuk kebaikan pendidikan anak-anak pada masa hadapan.

“Ini kerana tanpa adanya kerjasama antara kedua-dua belah pihak, maka adalah sukar untuk kita memastikan anakanak dibekalkan dengan ilmu sepenuhnya,” katanya.

Francis dalam pada itu turut menyampaik­an peruntukan RM5,000 masing-masing kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) sekolah berkenaan.

“Ia adalah untuk kegunaan persatuan menjalanka­n aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada perkembang­an baik pihak sekolah dan ibu bapa sekolah ini,” katanya.

Dalam pada itu, Guru Besar SJK (C) Chung Hua Undop, Bong Sik Khium merakamkan penghargaa­n kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu atas bantuan dan peruntukan yang diberikan kepada sekolah terbabit.

“Selain itu, terima kasih juga dicapkan kepada Datuk Francis atas peruntukan yang diluluskan tahun lalu untuk kegunaan menukar arus elektrik dari fasa satu ke fasa tiga kepada PIBG dan LPS SJK (C) Chung Hua Undop masing- masing sebanyak RM10,000,” kata Bong.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Francis menyampaik­an hadiah kepada kanak-kanak yang memenangi pertanding­an catwalk pada majlis sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri SJK (C) Chung Hua Undop, Sri Aman.
TAHNIAH: Francis menyampaik­an hadiah kepada kanak-kanak yang memenangi pertanding­an catwalk pada majlis sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri SJK (C) Chung Hua Undop, Sri Aman.
 ??  ?? SELAMAT DATANG: Francis disambut mesra semasa tiba pada majlis sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri SJK (C) Chung Hua Undop, Sri Aman.
SELAMAT DATANG: Francis disambut mesra semasa tiba pada majlis sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri SJK (C) Chung Hua Undop, Sri Aman.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Francis menerima cenderamat­a daripada Bong pada majlis sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri SJK (C) Chung Hua Undop, Sri Aman.
TERIMA KASIH: Francis menerima cenderamat­a daripada Bong pada majlis sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri SJK (C) Chung Hua Undop, Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia