Utusan Borneo (Sarawak)

‘LATIHAN RAHSIA’ KONTINJEN SARAWAK •

Menjadi strategi memburu gelaran juara SUKMA 2018 di Perak pada September nanti

-

Kita berharap dapat mencapai sasaran juara SUKMA XIX di Perak nanti setelah kecewa pada edisi sebelum ini (SUKMA 2016) ketika Sarawak menjadi ” tuan rumah. Datuk Snowdan Lawan Menteri Muda Belia dan Sukan

KUCHING: Menghantar atlet untuk ‘latihan rahsia’, menjadi antara strategi Sarawak untuk memburu gelaran juara pada Sukan Malaysia (SUKMA) XIX 2018 yang akan berlangsun­g di Perak pada 12 hingga 22 September nanti.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan berkata ramai atlet berpotensi dalam pelbagai acara telah dihantar untuk ‘latihan rahsia’ tersebut sehingga ke luar negara.

“Kita berharap dapat mencapai sasaran juara SUKMA XIX di Perak nanti setelah kecewa pada edisi sebelum ini (SUKMA 2016) ketika Sarawak menjadi tuan rumah,” katanya pada sidang media sempena Mesyuarat Penolong Chef De Mission (ACDM) Sarawak bagi SUKMA XIX 2018 di sini semalam.

Snowdan yang juga Chef De Mission (CDM) Kontinjen SUKMA Sarawak XIX 2018 turut yakin dengan keupayaan kontinjen negeri yang sudah bersedia sepe- nuhnya bagi menghadapi temasya SUKMA ke-19 itu.

“Sarawak sebenarnya pasukan kuat dan digeruni oleh kontinjen- kontinjen dari negeri- negeri lain dalam setiap kali temasya SUKMA termasuk pesaing hebat kita iaitu Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutua­n.

“Cuma ia bergantung kepada bagaimana kita menggunaka­n kekuatan atlet- atlet supaya kita mendapat muncul sebagai juara,” katanya.

Menurut beliau, sebanyak 29 acara akan disertai kontinjen Sarawak kali ini berbanding 24 acara ketika menjadi tuan rumah pada 2016 iaitu tambahan lima acara.

Acara-acara tersebut ialah memanah, olahraga, akuatik, badminton, bola keranjang, tinju, kriket, berbasikal, bola sepak, futsal, golf, gimnastik, bola baling, hoki, judo, karate, boling padang, muaythai, bola jaring, petanque, ragbi, pelayaran, menembak, sepak takraw, silat, skuasy, taekwondo, tenpin boling, angkat berat dan wushu.

Sementara itu, Timbalan DCM kontinjen SUKMA Sarawak XIX 2018 ialah Setiausaha Tetap Kemente- rian Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Hii Chang Kee dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak, Dr Ong Kong Swee.

Manakala ACDM terdiri Datuk Ahmad Ibrahim bagi acara berbasikal dan judo, ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi ( petanque, bola baling), Dr Ong ( renang, terjun), ADUN Layar Gerald Rentap Jabu ( angkat berat, tinju, ragbi), Azizul Adenan (boling padang, taekwondo) dan Datin Mary Saadiah (hoki, gimnastik, gimrama).

Selain itu, ADUN Tamin Christophe­r Gira Sambang ( golf, pelayaran), ADUN Serembu Miro Simuh (sepak takraw, bola jaring), ADUN Murum Kennedy Chukpai Ugon (muaythai, olahraga), Sunny Sii ( tenpin boling, menembak), ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman ( silat, futsal, bola sepak), ADUN Machan Allan Siden Gramong ( memanah, karate, wushu), Allen Wong ( wushu, bola keranjang, badminton) dan Robert Lau (skuasy, kriket).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERSEDIA: Snowdan pada sidang media sempena mesyuarat ACDM Sarawak bagi menghadapi SUKMA XIX Perak 2018 di Kuching semalam.
BERSEDIA: Snowdan pada sidang media sempena mesyuarat ACDM Sarawak bagi menghadapi SUKMA XIX Perak 2018 di Kuching semalam.
 ??  ?? Oleh Nick Fletcher
Oleh Nick Fletcher

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia