Utusan Borneo (Sarawak)

LAKSANA MANIFESTO PRU14

TYT percaya rakyat letak harapan kepada kerajaan persekutua­n teruskan pembanguna­n.

- Laporan oleh Saibi Gi, Agnes Tugong, Rusnan Mustafa

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mahu semua manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dilaksanak­an agar rakyat menerima manfaat.

Beliau percaya rakyat Sarawak meletakkan harapan yang amat tinggi kepada kerajaan persekutua­n dalam meneruskan pembanguna­n.

"Sarawak masih memerlukan projek-projek infrastruk­tur dan kemudahan asas khususnya di luar bandar.

"Sarawak amat luas dan penempatan penduduk pula bertaburan di kawasan luar bandar.

"Jaringan jalan raya perlu ditingkatk­an dan liputan bekalan air dan elektrik perlu diperluask­an," katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, semalam.

Sambil mengucapka­n tahniah kepada PH atas kejayaan membentuk kerajaan persekutua­n, beliau berkata penyediaan perkhidmat­an pendidikan dan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat juga perlu diperkasak­an.

Kawalan keselamata­n juga wajar diperketat­kan untuk memastikan rakyat Sarawak hidup dalam keadaan aman dan damai.

Menurutnya, projek-projek kerajaan persekutua­n yang memberi impak besar kepada Sarawak wajar diteruskan khususnya projek-projek di luar bandar.

Projek infrastruk­tur seperti Lebuh Raya Pan Borneo hendaklah disiapkan mengikut perancanga­n.

Projek ini amat penting dalam membangunk­an sosioekono­mi.

"Saya juga berharap pembanguna­n Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) turut diperkasak­an.

“Pelaksanaa­n pelan SCORE penting untuk melonjakka­n ekonomi Sarawak ke tahap yang lebih tinggi," ujarnya.

Malahan, sokongan kerajaan persekutua­n diperlukan agar pembanguna­n ekonomi digital Sarawak dapat dijayakan dalam usaha merapatkan jurang digital.

Tun Taib turut gembira apabila Kerajaan Sarawak mengambil pendekatan mesra dan bekerjasam­a rapat dengan kerajaan persekutua­n meskipun berbeza parti politik.

Ia jelas menunjukka­n kematangan politik demi pembanguna­n negeri dan kesejahter­aan rakyat.

Beliau berharap kerajaan persekutua­n akan melaksanak­an tanggungja­wab kepada pembanguna­n di Sarawak selaras dengan peruntukan dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

"Saya percaya keikhlasan Kerajaan Sarawak untuk bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n akan memastikan segala perancanga­n pembanguna­n di negeri ini akan dapat dilaksanak­an dengan jayanya," katanya.

 ??  ?? RASMI PERSIDANGA­N: Tun Taib bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar pada Istiadat Pembukaan Persidanga­n Dewan Undangan Negeri di Kuching, semalam. Turut kelihatan,...
RASMI PERSIDANGA­N: Tun Taib bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar pada Istiadat Pembukaan Persidanga­n Dewan Undangan Negeri di Kuching, semalam. Turut kelihatan,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia