Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki warga emas OKU rentung dalam kebakaran

Ketika kejadian malang itu mangsa tinggal bersendiri­an di rumah kerana anaknya pergi bekerja

-

KUCHING: Seorang lelaki warga emas ditemui rentung di dalam bilik tidurnya, dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah teres satu tingkat di Lorong Cahya Indah, Taman Putri, Bandar Bharu Samariang di sini.

Ketika kejadian yang dilaporkan sekitar jam 6.25 petang kelmarin, mangsa yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) tinggal bersendiri­an.

Difahamkan, mangsa yang berusia 64 tahun itu hanya tinggal bersama seorang anak perempuann­ya yang berusia 24 tahun namun semasa kejadian, anaknya itu tiada di rumah kerana bekerja.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan

Terdapat seorang mangsa lelaki warga emas OKU telah dijumpai rentung ” di dalam sebuah bilik tidur. Tiong Ling Hii Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak

Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata pihaknya bertindak membuat pemadaman dan berjaya menghalang api daripada merebak ke rumah bersebelah­an namun mangsa gagal diselamatk­an.

“Terdapat seorang mangsa lelaki warga emas OKU telah dijumpai rentung di dalam sebuah bilik tidur,” katanya menerusi satu kenyataan, kelmarin.

Menurut Tiong, operasi pemadaman rumah mangsa yang terbakar 30 peratus adalah membabitka­n anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan BBP Padungan.

Turut hadir di lokasi Pengarah Bomba Sarawak Nor Hisham Mohammad.

Mayat mangsa juga telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

 ??  ?? OPERASI: Anggota bomba memadamkan kebakaran di rumah mangsa.
OPERASI: Anggota bomba memadamkan kebakaran di rumah mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia