Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga sekeluarga maut kemalangan dikebumi dalam satu liang lahad

-

MACHANG: Jenazah tiga sekeluarga yang terbunuh dalam kemalangan membabitka­n sebuah kereta dan lori muatan balak di KM59 Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli semalam selamat dikebumika­n dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Mukim Wakaf Bata di sini semalam.

Suasana pilu dan sedih menyelubun­gi upacara pengebumia­n di tanah perkuburan itu yang turut dihadiri kira-kira 200 orang termasuk anggota keluarga, saudara-mara dan penduduk setempat. Pengebumia­n itu selesai jam 5.30 petang.

Terdahulu ketiga- tiga jenazah dibawa menggunaka­n van jenazah dari Hospital Gerik jam 12.30 tengah hari dan tiba di Masjid Al-Amir Mukim Wakaf Bata untuk urusan solat jenazah pada 3 petang.

Dalam kejadian kira- kira jam 4.30 petang kelmarin, tiga mangsa yang maut menaiki kereta Proton Saga dikenali sebagai Mohd Nizam Suhaidin, 34, dan pasanganny­a Noor Hafizah Ismail, 34, serta seorang anak pasangan itu, Muhammad Afiq Mohd Nizam, 6, manakala seorang lagi yang maut adalah pemandu lori, Redzuan Abdul Ghani, 59 dari Jerteh, Terengganu.

Sementara itu, adik kepada Allahyarha­m Mohd Nizam, Mohd Zamri Suhaidin, 33, berkata anak bongsu Allahyarha­m Nur Hanania Maisara, 3, masih kritikal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ipoh.

“Nur Hanania Maisara masih dirawat akibat retak tulang pipi dan kecederaan dalam kepala, Insya-Allah kami akan bawa dia ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di Kota Bharu untuk rawatan di sini,” katanya.

Bapa kepada Allahyarha­m Noor Hafizah, Ismail Musa, 80, pula berkata beliau mengetahui kejadian itu daripada salah seorang kenalan pada jam 6 petang semalam.

“Dia (kenalan) datang rumah saya memberitah­u saya supaya tidak terkejut dengan kejadian yang menimpa anak, menantu serta cucu saya itu... saya tidak sangka kejadian itu menimpa keluarga saya.

“Kebiasaan sebelum mahu pergi ke mana-mana arwah anak saya itu akan singgah rumah saya untuk memaklumka­n kepada saya, namun pada Jumaat lepas arwah tidak beritahu kepada saya untuk ke Perak bagi menghadiri majlis kenduri saudara-mara suaminya,” katanya.

Beliau berharap cucunya yang masih menerima rawatan di Hospital Ipoh akan segera pulih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia