Utusan Borneo (Sarawak)

Tokan dadah ditahan ketika berehat

-

TELUK INTAN: Seorang lelaki dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Bernam, Hutan Melintang dekat sini pada Selasa lalu (3 Julai).

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, bertindak atas maklumat risikan, suspek yang merupakan warga tempatan berusia awal 30-an itu ditahan pada jam 2 petang ketika sedang berehat di rumah itu.

“Dalam serbuan itu, kami merampas 19 peket plastik lutsinar disyaki berisi dadah heroin dengan anggaran berat 1,704.79 gram serta 11 paket plastik lutsinar disyaki berisi dadah Methamphet­amine dengan anggaran berat 100.51 gram, kesemuanya dianggarka­n bernilai lebih kurang RM61,000,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Jelas Mohd Marzukhi, suspek yang mempunyai satu rekod lampau kes narkotik dipercayai terlibat dalam kegiatan tokan dadah lebih kurang beberapa bulan lalu. Dia kini ditahan reman dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori.

Sementara itu di Tanjung Malim, seramai 22 penumpang berdepan detik cemas apabila bas pesiaran yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di KM367.6 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Selatan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim Superinten­den Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas pesiaran berusia 47 tahun itu telah melanggar bahagian belakang sebuah lori yang bergerak perlahan di lorong kiri jalan.

Akibat perlanggar­an itu, empat warga emas penumpang bas yang berusia antara 66 hingga 79 tahun mengalami kecederaan ringan manakala pemandu dan penumpang lain terselamat.

“Bahagian hadapan kiri bas itu rosak manakala lori berkenaan pula dipercayai tidak berhenti di lokasi kemalangan dan usaha mengesan pemandu lori itu sedang dilakukan bagi membantu siasatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia