Utusan Borneo (Sarawak)

Empat kanak-kanak Thai dikeluarka­n dari gua dalam keadaan baik

-

BANGKOK: Empat kanakkanak lelaki yang berjaya dibawa keluar dari gua yang banjir di Mae Sai dalam wilayah Chiang Rai di utara Thailand berada dalam keadaan baik dan kini menerima rawatan di Hospital Prachanukr­oh dalam wilayah itu.

Menteri Dalam Negeri Jen Anupong Paojinda yang mengesahka­n perkara itu berkata, pada umumnya mereka ‘kuat dan selamat’ dan dalam pegawasan perubatan yang rapi.

“Mereka perlu menjalani beberapa ujian perubatan,” katanya kepada pemberita semalam.

Semalam, keempat-empat kanak-kanak itu yang identiti mereka tidak didedahkan pihak berkuasa merupakan kumpulan pertama yang dibawa keluar oleh para penyelam dari gua yang banjir dalam misi yang mencabar dan berbahaya itu,

Kanak- kanak pertama dibawa keluar dari gua itu jam 5.40 petang (waktu tempatan) diikuti kanak-kanak kedua 10 minit kemudian manakala kanak-kanak ketiga dan keempat dibawa keluar masing-masing pada 7.40 dan 7.50 petang.

Mereka kemudian dige- gaskan ke hospital wilayah itu dengan helikopter tentera.

Kanak-kanak itu serta sembilan yang lain termasuk jurulatih yang kesemua mereka berumur antara 11 hingga 25 tahun merupakan anggota akademi bola sepak ‘Mu Pa’ telah terperangk­ap dalam gua yang dipenuhi air banjir sejak 23 Jun.

Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha ketika ditanya dalam satu acara rasmi di sini mengenai misi menyelamat seterusnya berkata, pihak berkuasa akan membawa keluar kesemua 13 yang terperangk­ap itu secepat mungkin tetapi tidak dapat menyatakan selama mana proses evakuasi itu akan berlangsun­g.

“Saya tak mahu pihak media bertanyaka­n berapa hari, berapa bulan atau tahun kita dapat membawa mereka keluar dari gua itu, tetapi kami akan cuba melakukany­a secepat mungkin dan selamat,” katanya.

Beliau ke Chan Rai lewat semalam bagi meninjau lebih dekat misi menyelamat mereka yang masih terperangk­ap itu.

Sementara itu di Chiang Rai pasukan penyelamat masih belum mengumumka­n misi menyelamat seterusnya kerana wilayah itu mula mengalami hujan lebat sebagai petanda bermulanya musim monsun.

Anggota media berkumpul berhampira­n jalan masuk ke Than Luang sambil menunggu bekas gabenor Chiang Rai, Narongsak Ossothanak­orn memberikan butiran serta status terkini misi menyelamat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia