Utusan Borneo (Sarawak)

Ali tidak sokong Rang Undang-Undang (Pindaan) Kanun Tanah 2018

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Ali Biju senada dengan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian untuk tidak menyokong Rang Undang-Undang (Pindaan) Kanun Tanah 2018 yang bakal dibentangk­an pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) ini.

Beliau memberitah­u, rang undang- undang ( pindaan) Kanun Tanah itu tidak dapat diterima kerana ia tidak menyentuh sedikit pun mengenai Pemakai Menoa dan Pulau Galau (PMPG).

“Seolah-olahadatit­u(PMPG) tidak wujud sedangkan adat itu sudah wujud sejak beratus tahun lalu.

“Sepatutnya tidak boleh dibatalkan begitu sahaja, bukan tugas kita untuk menukar sejarah, kita tidak boleh menukarnya kerana ia sememangny­a sudah ada sejak dahulu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Ke-18 di Kompleks De- wan Undangan Negeri (DUN) baharu di sini semalam.

Pada masa sama Ali memberitah­u, jika rang undangunda­ng itu diluluskan DUN nanti, ia sekali gus mengetepik­an kehendak yang dimahukan rakyat khasnya Bumiputera di negeri ini.

“Saya akan membantah pindaan ini, saya akan mengundi untuk menolak usul tersebut,” tegasnya.

Mengulas lanjut tentang pindaan itu, beliau menjelaska­n bahawa pindaan undang-undang tersebut seharusnya menyelesai­kan isu PMPG.

“Tetapi rang undang-undang ini tidak ada kena mengena atau menyentuh mahupun menggunaka­n perkataan PMPG.

“Isu sebenar tidak boleh dibuang begitu sahaja, kita tidak boleh ketepikann­ya kerana ia sentiasa akan wujud, selagi belum selesai perkataan tersebut, selagi itu perkataan ini masih wujud,” katanya.

Malah katanya, meskipun Kerajaan Sarawak hendak menukar perkataan PMPG itu, masyarakat Bumiputera tidak akan menerima keputusan tersebut.

Pada Ahad lepas, ADUN Ba’Kelalan Baru Bian membantah rang undang-undang (pindaan) kerana pihaknya mendapati bahawa draf itu adalah tidak konsisten dengan keputusan mahkamah terutama membabitka­n PMPG.

“Saya tidak dapat memberitah­u kandungan mengenai draf itu sekarang namun saya berharap apabila dibentangk­an dalam DUN nanti, ia akan selari dengan keputusan mahkamah.

“Jika tidak, kami akan membantah,” katanya yang juga merupakan Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Selangau pada sidang medianya.

 ??  ?? ALI BIJU
ALI BIJU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia