Utusan Borneo (Sarawak)

Asfia jangka Rang Undang-Undang Kanun Tanah (Pindaan) 2018 diluluskan

-

KUCHING: Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar menjangkak­an Rang Undang-Undang Kanun Tanah (Pindaan) 2018 akan diluluskan oleh DUN Sarawak.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks DUN di sini semalam, Asfia berkata pindaan ke atas undang- undang ini adalah lebih baik daripada keputusan Mahkamah Persekutua­n yang tidak mengiktira­f penguatkua­saan undang-undang Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

“Ya, saya menjangkak­an rang undang-undang ini akan diluluskan sebabnya mudah, untuk memperjela­skan keputusan Mahkamah Persekutua­n yang tidak mengiktira­f undang-undang tanah adat Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

“Pindaan ini bukan sahaja memberikan komuniti orang asal hak untuk menjalanka­n kegiatan seperti memburu dan bercucuk tanam tetapi juga hak ke atas tanah yang mereka tuntut,” katanya.

Tambah Asfia, beliau terkejut dengan kenyataan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian yang menyifatka­n pindaan rang undang-undang tersebut tidak memenuhi jangkaan.

Tegas Asfia, pindaan ini adalah lebih baik daripada keputusan Mahkamah Persekutua­n dan beliau tidak tahu apa yang beliau (Baru) jangkakan.

Katanya rang undang-undang ini akan memperkena­lkan istilah baharu yang tidak terhad kepada satu kumpulan etnik sahaja.

“Bila kita sebut Pemakai Menoa dan Pulau Galau ia terhad kepada tanah adat Iban.

“Istilah baharu ini nanti akan membuka pintu kepada orang asal lain dan turut akan memberi hak kepada orang asal yang lain selain Iban,” katanya.

 ?? — Gambar Tan Song Wei ?? YAKIN: Asfia bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas istiadat pembukaan Persidanga­n DUN di Kompleks DUN di Kuching semalam.
— Gambar Tan Song Wei YAKIN: Asfia bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas istiadat pembukaan Persidanga­n DUN di Kompleks DUN di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia