Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak berupaya urus minyak, gas dengan baik

Penguatkua­saan OMO58, Ordinan Pengagihan Gas 2016 pastikan ia dibangun secara mapan

- Laporan oleh Saibi Gi, Agnes Tugong, Rusnan Mustafa

KUCHING: Penguatkua­saan Ordinan Perlombong­an Minyak 1958 (OMO58) dan Ordinan Pengagihan Gas 2016 di Sarawak bermula 1 Julai lepas dipercayai akan memastikan sumber galian itu dapat dibangunka­n secara mapan serta berhemah untuk masa depan rakyat Sarawak.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau juga yakin Kerajaan Sarawak berupaya menguruska­n dua sumber semula jadi itu dengan baik.

“Penubuhan Petroleum Sarawak Berhad ( Petros) amat bertepatan dengan usaha kerajaan menguruska­n pembanguna­n industri minyak dan gas Sarawak.

“Ini selaras dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi hab industri minyak dan gas yang terunggul di rantau ini serta bekerjasam­a dengan Petro- nas demi kepentinga­n negara amnya dan Sarawak khasnya,” katanya berucap merasmikan Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, semalam.

Beliau menekankan agar hak persempada­nan Sarawak terutama sempadan maritim dipelihara dan dipertahan­kan.

Katanya, ia penting agar minyak dan gas dapat diban- gunkan dan diurus untuk faedah dan kemakmuran Sarawak.

“Usaha Kerajaan Sarawak dalam memperjuan­gkan hak dan autonomi Sarawak daripada kerajaan persekutua­n perlu mendapat sokongan padu seluruh rakyat Sarawak,” ujarnya.

Malah beliau menaruh keyakinan terhadap keupayaan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam memimpin negeri ini ke arah kemajuan pesat.

Abang Johari yang disifatkan­nya sebagai bertanggun­gjawab, berwibawa, dinamik dan berwawasan, dengan sokongan padu rakyat, Sarawak akan terus membangun dan kebajikan rakyat akan sentiasa dipelihara.

Mengenai penubuhan Gabungan Parti Sarawak (GPS) oleh empat bekas parti komponen Barisan Nasional (BN), Taib percaya ia adalah sejajar dengan aspirasi rakyat.

GPS akan menyediaka­n landasan yang kukuh kepada Kerajaan Sarawak dalam memperjuan­gkan hak dan autonomi Sarawak, jelasnya.

Gabungan itu dipercayai­nya akan menjadi parti politik yang kuat, mantap dan dapat membawa rakyat bersatu padu demi kesejahter­aan dan kemajuan Sarawak.

Beliau yakin GPS akan menjadi wadah penting dalam perjuangan menuntut hak Sarawak daripada kerajaan persekutua­n selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembaga­an Persekutua­n.

Kerajaan persekutua­n katanya, wajar memberi kerjasama ikhlas kepada Kerajaan Sarawak agar hak-hak tersebut dapat dikembalik­an.

Penubuhan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) amat bertepatan dengan usaha kerajaan menguruska­n pembanguna­n industri minyak dan ” gas Sarawak. Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri

 ??  ?? PERIKSA: Tun Taib memeriksa kawalan kehormat sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-18.
PERIKSA: Tun Taib memeriksa kawalan kehormat sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-18.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia