Utusan Borneo (Sarawak)

SIDS boleh dijadikan NGO contoh di Malaysia Banyak NGO di negara ini keliru dan menyimpang daripada objektif asal penubuhann­ya: Uggah

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) boleh dijadikan sebagai contoh kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain di Malaysia terutama Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata banyak NGO di negara ini keliru dan menyimpang daripada objektif asal penubuhann­ya.

Tetapi SIDS katanya, tidak melibatkan politik dalam perjuangan mereka kerana memahami bahawa campur tangan politik hanya akan mencetuska­n masalah.

“Tidak mudah untuk sesebuah persatuan, pertubuhan mahupun organisasi kekal utuh untuk satu tempoh yang begitu lama seperti SIDS.

“Bagi saya kejayaan SIDS disumbang oleh tiga faktor, pertama pemimpinny­a (Tan Sri Empiang Jabu) yang komited dan berkaliber, menekankan jaringan kerjasama yang baik dengan kerajaan dan paling penting mempunyai ahli yang amat setia.

“Sebab itu, SIDS kekal sehingga sekarang dan saya ber- harap pengerusi yang baharu Datuk Alice Jawan akan terus membina jaringan kerjasama yang baik dengan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-61 SIDS di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

Pada majlis tersebut, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah turut menyampaik­an peruntukan sebanyak RM50,000 kepada SIDS.

Uggah turut berharap SIDS akan terus membantu kerajaan dalam mengurangk­an kemiski- nan di negeri ini terutama dalam kalangan masyarakat Dayak.

Sementara itu, Empiang yang mengundur diri sebagai pengerusi SIDS selepas lebih 30 tahun memimpin persatuan ini berterima kasih kepada kerajaan yang telah banyak menyokong persatuan selama ini sama ada dalam bentuk kewangan mahupun bantuan lain.

Tahun ini katanya, buat pertama kalinya SIDS sempena ulang tahun ke-61 SIDS, persatuan menyampaik­an anugerah kepada anak-anak ahli yang cemerlang dalam bidang sukan.

Empiang turut meletakkan harapan yang tinggi kepada pengerusi yang baharu iaitu Alice untuk meneruskan kerja baik yang telah dilaksanak­an oleh SIDS sepanjang 60 tahun ini.

Dalam pada itu, selain meraikan ulang tahun ke-61, majlis tersebut juga sempena Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali SIDS.

SIDS yang ditubuhkan pada 1957 mempunyai 14,000 ahli daripada 26 cawangan di seluruh Sarawak.

 ??  ?? SIMBOLIK: Uggah bersama tetamu-tetamu kenamaan lain serta jawatankua­sa SIDS memotong kek Ulang Tahun Ke-61 SIDS pada Majlis Makan Malam di sebuah hotel terkemuka di Kuching, kelmarin.
SIMBOLIK: Uggah bersama tetamu-tetamu kenamaan lain serta jawatankua­sa SIDS memotong kek Ulang Tahun Ke-61 SIDS pada Majlis Makan Malam di sebuah hotel terkemuka di Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia