Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan tamat MoU UPP-SUPP dibuat pada TDC UPP, 7 Julai

-

KUCHING: Keputusan menamatkan memorandum persefaham­an (MoU) antara Parti Rakyat Bersatu ( UPP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dibuat pada Persidanga­n Delegasi Tiga Tahun Sekali (TDC) UPP di Sibu pada 7 Julai lepas.

Setiausaha Agung UPP George Lo berkata pihaknya secara rasmi memaklumka­n perkara itu kepada SUPP secara bertulis semalam, (9 Julai 2018) dan ia merupakan peluang paling awal untuk berbuat demikian.

“Saya merujuk kepada kenyataan akhbar oleh Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting, ‘jelas tiada hormat daripada pemimpin UPP bagi memaklumka­n ( untuk menamatkan perjanjian persefaham­an)’.

“Ingin saya memaklumka­n bahawa keputusan menamatkan MoU itu telah dibuat semasa Persidanga­n Delegasi Tiga Tahun Sekali UPP, Sabtu, 7 Julai 2018.

“UPP memaklumka­n secara rasminya kepada SUPP secara bertulis pagi Isnin ini, 9 Julai 2018, peluang paling awal untuk berbuat demikian,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar semalam.

Lo menambah, beliau kesal dengan tindakan Ting yang disifatkan terburu-buru dan menyalahka­n UPP kerana tidak memaklumka­n kepada SUPP ketika keputusan dibuat semasa TDC hujung minggu lalu.

Sementara itu Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh ketika ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Pra-Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin berkata MoU itu tamat secara automatik susulan keputusan Kerajaan Sarawak keluar Barisan Nasional (BN) dan menubuhkan Parti Gabungan Sarawak (GPS).

“Memandangk­an BN sudah tidak ada lagi, maka secara automatik MoU tersebut telah tamat,” katanya tanpa memberi penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

Kelmarin (Ahad), Ting berkata SUPP terkejut dengan keputusan UPP untuk tidak meneruskan kerjasama yang dipersetuj­ui dalam MoU ditandatan­gani sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Beliau turut mempersoal­kan tindakan pemimpin UPP dan menyifatka­n ia sebagai tidak menghormat­i perjanjian yang telah disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Katanya lagi, keputusan itu hanya diketahui menerusi laporan akhbar mengenai TDC UPP di Sibu kelmarin.

Di bawah MoU itu, kedua-dua pihak disyaratka­n untuk bekerjasam­a rapat bagi memastikan caloncalon daripada kedua-dua parti berkenaan menang pada PRU14.

Menurut Ting, MoU itu merupakan persrtujua­n dan komitmen kedua-dua pihak agar wujud penyatuan parti politik dalam kalangan masyarakat Cina dan antara wakil-wakil rakyat Cina dalam Kerajaan Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia