Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan digesa tangani isu penghijrah­an penduduk rumah panjang ke bandar

-

SIBU: Parti Pekerja Sarawak (SWP) menggesa Kerajaan Sarawak menubuhkan sebuah pejabat menteri bertanggun­gjawab bagi menangani isu penduduk rumah panjang yang kian berhijrah ke bandar.

Presidenny­a Munan Laja berkata, isu tersebut harus mendapat perhatian Kerajaan Sarawak mahupun pusat kerana dalam masa 10 tahun akan datang banyak rumah panjang akan ditinggalk­an.

“Di negeri ini kita mempunyai 4,500rumah panjang. Jika isu ini tidak ditangani maka banyak rumah-rumah panjang akan ditinggalk­an dan tiada berpenghun­i lagi.

“Justeru, SWP mahu kerajaan mempertimb­angkan serta mengambil perhatian terhadap isu ini dengan mewujudkan agensi yang berkaitan bagi menyelesai­kan isu tersebut serta mengkaji cara terbaik mengelakka­n penghijrah­an beramai-ramai penduduk rumah panjang ke kawasan bandar,” katanya menerusi kenyataan media di sini, semalam.

Munan berkata, dengan adanya agensi yang bertanggun­gjawab itu ia dapat membawa pembaharua­n dan memikirkan cara untuk melonjakka­n ekonomi di kawasan luar bandar agar pendudukny­a tidak berhijrah bagi mencari pekerjaan.

“Jangan lupa, penduduk luar bandar turut memberi impak besar dalam menyumbang kepada corak politik di negeri ini.

“Selain sayangkan rumah panjang agar ia tidak pupus, kita mahu rumah panjang ini dikekalkan sebagai identiti kepada kaum Iban/Dayak seterusnya telah menjadikan negeri ini dikenali di seluruh dunia,” tambahnya.

 ??  ?? MUNAN
MUNAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia