Utusan Borneo (Sarawak)

Lukanisman teruja, komited bangkit usul-usul berkaitan dasar kerajaan

-

MIRI: Persidanga­n mesyuarat penggal pertama, majlis Parlimen Ke-14 yang dijadual berlangsun­g bermula 16 Julai ini menyaksika­n keterujaan Ahli Parlimen baharu.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni turut teruja dan komited untuk membangkit usul-usul berkaitan dasar kerajaan di bawah Malaysia baharu.

“Saya telah menyediaka­n lebih 10 soalan secara lisan dan bertulis untuk diusulkan agar kementeria­n berkaitan mendengar kemahuan rakyat,” katanya di sini semalam.

Lukanisman yang telah dipilih menjadi Ahli Parlimen selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu tidak patah semangat meskipun berada di blok pembangkan­g.

“Saya akan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat pada 16 Julai ini, seterusnya menjalanka­n tugas untuk menuntut hak- hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963,” jelasnya.

Bahkan, beliau akan membangkit­kan dasar-dasar kerajaan lalu sama ada masih diteruskan, ditambah baik atau digubal serta-merta.

“Kerajaan Malaysia baharu perlu meneruskan dasar-dasar kerajaan lalu jika ia bersifat menjaga kebajikan dan mengurangk­an kos sara hidup rakyat,” jelasnya.

Menurutnya, persidanga­n selama 20 hari itu akan memberi ruang dan peluang kepada wakil rakyat daripada blok pembangkan­g untuk menyuaraka­n kehendak akar umbi.

Isu yang akan diberi keutamaan untuk dibahaskan seperti bidang pendidikan melibatkan sekolah daif dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

“Malaysia gagal mencapai matlamat menjadi negara bebas dadah 2015 dan saya akan membahaska­n hala tuju kerajaan baharu dalam menangani isu dadah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia